Edisi khas segmen #SkoolXTRA mengimbau kembali perjalanan selebriti ketika berada di bangku sekolah, termasuk sisi mereka yang mungkin belum pernah diketahui oleh peminat.
Artikel Berkaitan: #TipsXTRA: ‘Kita Lelaki Kena Kerja’ – Zaki Yamani Pesan Anak Muda Usaha Bina Masa Depan, Jangan Pernah Lupa Restu Ibu
Artikel Berkaitan: POV XTRA: Takut Masa Terbuang Dalam Industri, Zaki Yamani Pasang Impian Jadi Seniman Disanjungi
Pernah Dibuli, Masuk Bilik Disiplin Tanpa Sebab
Menerusi segmen #SkoolXTRA minggu ini, penyanyi, Zaki Yamani berkongsi sisi lain kehidupannya ketika zaman persekolahan apabila mendedahkan pernah berdepan pengalaman dibuli, dipulaukan selain melalui beberapa insiden yang membawanya ke bilik disiplin.
Meskipun pernah memegang tanggungjawab sebagai pengawas dan ketua kelas, Zaki berkata perjalanan zaman sekolahnya tidak selalunya mudah seperti yang disangka.
Saya pernah dibuli, dipulau, didenda dengan cikgu disiplin. Pernah masuk bilik disiplin tanpa sebab pun ada.
Malah, penyanyi itu turut mendakwa pernah melalui pengalaman lebih kasar apabila rambutnya dipotong selain pernah dipijak.
Kena potong rambut, kena pijak.
Ibu Hantar Belajar Taekwondo
Susulan kejadian tersebut, Zaki berkata ibunya mengambil keputusan menghantarnya menyertai kelas taekwondo supaya dia mempunyai kemahiran mempertahankan diri.
Bagaimanapun, Zaki mengakui dirinya bukan seorang yang mudah membalas atau mahu mencetuskan pergaduhan walaupun berdepan layanan sedemikian.
Dan sebab itulah mak saya hantar saya masuk kelas taekwondo. Tetapi saya dulu susah nak balas perbuatan orang semula.
Saya tak nak provoke, sekurang-kurangnya saya masuk kelas itu mampu pertahankan diri sekiranya situasi jadi tak terkawal.
Bagi Zaki, mempelajari seni mempertahankan diri bukanlah tiket untuk membalas dendam, sebaliknya menjadi satu bentuk persediaan sekiranya berdepan situasi yang boleh mengancam keselamatan dirinya.
Pengalaman tersebut sekali gus memperlihatkan bahawa individu yang memegang jawatan atau kelihatan aktif di sekolah juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa buli.
The post #SkoolXTRA: Zaki Yamani Pernah Dib*li & Dip*jak, Ibu Sampai Hantar Belajar Taekwando first appeared on OHBULAN!.





