Selepas lebih setahun tampil dengan imej rambut panjang, pelakon, Isa Khan kembali dengan gaya rambut pendek lantas membuatkan penampilannya kelihatan lebih segar dan kemas.
Artikel Berkaitan: Isa Khan Pelik Kenapa Ramai Netizen Benci Jofliam – ‘Dia Bukan Ada Dosa Dengan Kalian’
Artikel Berkaitan: ‘Bila Dapat Hidayah, Genggam Sampai Akhir Hayat’ – Isa Khan Titip Nasihat Buat Norreen Iman Selepas Tampil ‘Free Hair’
Imej baharu

Menerusi hantaran di TikTok, Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan berkongsi video memaparkan dirinya mengunjungi sebuah salun untuk mendapatkan gaya rambut baharu.
Dalam video tersebut, Isa menunjukkan proses rambutnya dipotong pendek sebelum digayakan mengikut imej terbaharunya.
Setahun dah saya tidak potong rambut, akhirnya. Saya kembali.
Perubahan imej itu menarik perhatian wargamaya yang rata-rata memuji penampilan baharu Isa dan menyifatkannya kelihatan lebih tampan serta kemas dengan rambut pendek.
Tidak kurang juga yang membuat andaian bahawa perubahan imej tersebut mungkin menjadi petanda Isa bakal kembali aktif dalam dunia lakonan selepas agak lama tidak kelihatan dalam naskhah baharu.
Sumber: TikTok
The post Isa Khan Kembali Berambut Pendek Selepas Setahun, Netizen Puji – ‘Helok Tak Tahu Nak Habaq’ first appeared on OHBULAN!.





