Korang….
Korang tengah rancang nak ke Korea ke? Dah tahu ke nak pergi mana? Kalau belum meh sini min kongsi 3 attraction place yang korang wajib pergi.
1. Myeongdong Street Market
Bagi yang suka food hunting, min sarankan korang ke Myeongdong Street Market. Sini syurga makanan. Macam-macam ada. Dari tteokbokki, cheese lobster, hotteok sampai grilled scallop, semua sedap-sedap!

Cuma korang kena hati-hati sikit dan pastikan korang beli dari vendor yang halal, okay? Selain makan, korang juga boleh borong skincare dan kosmetik dekat sini. Harga murah dan boleh dapat banyak free gift.
2. Suwon Starfield Library

Suwon Starfield Library ni viral giler sebab design dia lawa ya amat. Bayangkanlah korang berOOTD dengan latar belakang rak buku tinggi ditemani pula dengan lighting yang superb memang aesthetic habis la. Dah macam dalam K-drama!
3. Alpaca World Gangwon-Do
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Alpaca World Gangwon-Do, tempat ni perfect untuk korang yang suka alpaca. Cuma jarak perjalanan dari Seoul untuk ke sini memakan masa hampir 1 jam 30 minit.

Dekat sini korang boleh bagi alpaca makan, ambik gambar berlatarbelakangkan view bukit yang cantik. Love sangat-sangat!
Dah mudah nak travel Korea!
Sekarang nak travel ke Korea pun dah mudah. Daripada pembelian tiket kapal terbang, hotel, tiket attraction menarik, semuanya boleh terus di buat di TNG eWallet melalui Travel+.
Caranya mudah, Klik dan browse Travel+. Di sana ada banyak pilihan tersedia. So, korang boleh terus compare harga dan buat tempahan.

Bukan itu sahaja, K-ETA (Kebenaran Perjalanan Elektronik Korea) pun korang boleh terus isi dalam aplikasi TNG eWallet. Satu aplikasi untuk semua urusan! Mudah kan?

Nikmati diskaun sehingga RM120 dengan TNG eWallet.
Lebih menguntungkan lagi, TNG eWallet ada promo 15% diskaun. Korang boleh guna promo ni untuk 5 transaksi. Total diskaun boleh cecah 42,500 KRW atau dalam lingkungan RM120 macam tu bergantung pada kadar pertukaran semasa dan berapa banyak korang belanja.
Excited nak tahu cara untuk claim baucar promo diskaun 15% ni? Korang ikut je langkah dekat bawah, okay?

Ada banyak lokasi popular korang boleh guna promo ni antaranya Mega MGC Coffee, Starbucks, Olive Young, Gentle Monster, Tamburins, Daiso, Shinsegae Department Store, Everland Resort, Lotte World Adventure, CU, GS25, 7-Eleven, E-Mart24 dan banyak lagi.
Lagipun, bermula 6 November 2025 hingga 30 Januari 2026 korang boleh kumpul baucar diskaun tambahan 5X 15000 Won (sekitar RM42) di Olive Young.
Tak perlu tukar duit, scan & pay je!
Sekarang, memang senang je nak guna TNG eWallet dekat Korea. Korang hanya perlu imbas kod QR Alipay+ masa buat pembelian. Ianya tanpa sebarang caj transaksi tersembunyi. Nilai tukaran wang pun ikut real-time FX rate. Sumpah best!
Sebelum terlupa, min nak inform yang semua baucar promo ni auto apply.
So, lepas ni tak perlu dah korang nak tukar cash banyak-banyak atau simpan resit bila travel untuk urusan kerja. Semuanya korang boleh keep track melalui TNG eWallet.

Paling penting risiko untuk hilang duit tu hampir tiada. Cashless all the way, kan?
Apa yang pasti, bila semua dalam satu aplikasi, mudah untuk kita nak rancang percutian. Tak perlu dah browse through banyak-banyak aplikasi. Itinerary pun jadi smooth dan teratur.
Jadi kalau korang tengah rancang nak bercuti ke Seoul, Busan atau Jeju, inilah kesempatan terbaik untuk korang guna TNG eWallet. Boleh la korang enjoy jalan-jalan di sana tanpa rasa pening kepala.
Selamat bercuti korang!
The post Travel Korea Tanpa Stress: Scan & Pay Je Dengan TNG eWallet, Siap Dapat diskaun sehingga RM120 first appeared on OHBULAN!.





