30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nabila Razali Risau Dengan Penyakit Ain, Belum Sedia Kongsi Nama & Wajah Anak Lelaki – ‘Saya Tak Nak Ambil Risiko’

    Shopee Sale



    Nabila Razali

    Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali masih belum bersedia untuk berkongsi nama dan wajah anak lelakinya yang kini sudah berusia dua bulan kepada umum.

    Tak dedah wajah anak

    Nabila Razali

    Menurut Nabila, keputusan itu dibuat atas persetujuan dirinya dan suami, Nik Iruwan Nik Izani.

    Insya-Allah kalau saya dah bersedia akan kongsi di media sosial.

    Saya dan suami ada pemahaman yang sama dan bersetuju untuk tidak dedahkan wajah dan nama anak buat masa sekarang.

    Saya sedar ramai yang bertanya, nanti kalau saya dah tunjuk korang tataplah puas-puas ya.

    Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada karnival beli belah Celebfest Ramadan yang berlangsung di Suntec, Singapura pada Sabtu.

    Nabila membuat persembahan pada hari pertama Celebfest dan turut membuka booth menjual produk keluarannya Ma-Dew!

    Selain Nabila, antara barisan selebriti lain yang turut memeriahkan Celebfest yang berlangsung selama tiga hari adalah Fattah Amin, Nora Danish, Puteri Sarah Liyana, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Sophia Albarakbah, Mimi Lana, Syafiq Kyle, Hisyam Hamid, Datuk Fizz Fairuz, Risteena, Aina Abdul, Aizat Saha dan ramai lagi.

    MENARIK:  Sufian Suhaimi, Rania Al Sadat Nikah Hari Ini

    Penyakit ain

    Nabila Razali

    Dalam pada itu, pelantun lagu Raya Mana? tidak menafikan risau dengan penyakit ain yang terkena kepada bayi.

    Pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali juga ingin menjaga keselamatan anaknya memandangkan dia seorang selebriti yang sering diperhati ramai.

    Ya risau juga dengan penyakit ain dan sekarang pun macam-macam kes berlaku melibatkan bayi.

    Jadi saya tak nak ambil risiko, tambahan pula bila menjadi figura awam ni saya risau mungkin akan diperhatikan.

    Orang biasa pun boleh jadi mangsa inikan pula saya yang kerjanya perlu berjumpa orang ramai.

    Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah