31.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    4 maut, lebih 20 cedera kemalangan motosikal di LPT

    Shopee Sale

    Dua puluh orang yang cedera akibat kemalangan di KM 246.4 Lebuhraya Pantai Timur awal pagi tadi sedang menerima rawatan di dua hospital di Kuantan.

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata 18 daripada mereka menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) manakala dua lagi dirawat di pusat perubatan Sultan Ahmad Shah di sini.

    “Siasatan lanjut polis mendapati lebih 30 motosikal yang dipercayai berlumba terlibat dalam kemalangan mengakibatkan empat maut itu,” katanya ketika dihubungi.

    Terdahulu, Ashari berkata kemalangan kira-kira jam 1 pagi itu mengakibatkan Che Mohd Sufian Che Ghani, 40; Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan dan Mohd Aizat Husni; masing-masing berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ meninggal dunia di tempat kejadian.

    Katanya, seorang lagi mangsa Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HTAA.

    MENARIK:  Rasuah pembinaan pusat data: 20 saksi lagi bakal dipanggil SPRM

    Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal terlanggar bahagian belakang sebuah kereta dan terjatuh di lorong kanan menyebabkan beberapa penunggang motosikal lain tidak sempat mengelak lalu terlanggar sesama sendiri di atas jalan.

    Sementara itu, isteri Che Mohd Sufian, Faridah Mat Asri,39, berkata dia mendapat maklumat mengenai kejadian menimpa suaminya daripada kenalan mereka kira-kira 1.30 pagi.

    Ibu kepada empat orang anak itu berkata suaminya bersama beberapa rakan ke Kuantan, antaranya untuk menikmati hidangan di sebuah restoran makanan tradisi Pahang yang terkenal di bandar raya itu.

    “Saya sempat jumpa arwah petang semalam sebelum bawa anak-anak main pantai dan kali terakhir suami mesej dalam 12 tengah malam selepas itu tiada lagi," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HTAA.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah