
Sesi siaran langsung TikTok penyanyi Amira Othman sekali lagi mencuri tumpuan apabila adik lelakinya, Irfan Haris berseloroh mengatakan kakaknya itu bakal berkahwin.
Berseri-seri sebab nak kahwin?
Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok memaparkan pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu sedang berniaga tudung bersama rakannya termasuk adik lelakinya, Irfan.
Ketika sedang asyik Amira mempromosikan tudung, Irfan membaca komen yang ditulis peminat yang memuji penyanyi itu kelihatan berseri-seri.
Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah jawapan spontan Irfan yang memberitahu kakaknya itu berseri-seri kerana bakal berkahwin tidak lama lagi.
Berseri-seri nak kahwin dah.
Sementara itu, rakan Amira yang berada di situ seakan terkejut mendengar pendedahan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya adakah benar Amira bakal menamatkan zaman bujangnya atau kenyataan Irfan itu hanyalah sekadar gurauan.
Macam betul ya sebab kenapa model sebelahnya terkejut, si irfan reveal.
Minggu akhir puasa rasanya diorang nikah rasanya ni, resepsi bulan lain.
Mem (pengasas Rissa Skin) ada kata ‘dah nak dekat sangat ni’. Rasa betul sangat dah ni.
Kawan-kawan rapat pun tak tahan dah nak simpan rahsia.
Penat Kak Long dan Abang Long sorok, Ipan reveal macam tu je.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa Amira dan Fattah Amin telah mengikat tali pertunangan secara rahsia. Bagaimanapun, mereka berdua menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan hubungan mereka sekadar rakan sekerja.





