
Meski sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi, Tomok berkongsi bahawa dirinya bakal menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana atau ‘Master’ di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
Tomok sambung ‘Master’
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Tomok atau nama lengkapnya Shah Indrawan Ismail berkongsi tangkap layar memaparkan tawaran kemasukan bagi program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa di institut pendidikan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, pelantun lagu ‘Marah Bukan Sifatku’ ini berharap agar segala urusannya dipermudah.
Perjalanan baharu buat saya selepas (menuntut) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Semoga dipermudah, aamiin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan agar Tomok meraih kejayaan dalam bidang yang diceburinya.
Komen netizen








