Pelakon Eyka Farhana meluahkan rasa berang terhadap segelintir pemandu muatan berat yang masih memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tahu Manisnya Kahwin, Dah Lama Saya Kahwin’ – Eyka Farhana
Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Sah Milik Akhyar Rashid Dengan Sekali Lafaz
Pemandu bas bawa laju

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, mempersoalkan segelintir pemandu bas yang masih tidak belajar dari kesilapan.
Ujar Eyka, peratus untuk kemalangan akan berkurang jika pemandu muatan berat pandu dengan lebih berhemah.
Pagi tadi saya dalam perjalanan ke Sepang.
Saya nampak satu bas bawa laju walaupun selekoh sampai gelisah dibuatnya. Bahaya sangat.
Tak faham la korang, lepas banyak kes kemalangan masih lagi tak beringat bawa bas laju-laju sampai boleh bahayakan orang lain, dengan bawa ramai nyawa dalam bas itu.
Memang la orang kata, kalau nak jadi, jadi juga. Tapi peratus nak kemalangan itu kurang sebab bawa berhati-hati.
Buat aduan

Berkongsi lebih lanjut, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid itu memaklumkan dia sempat membuat aduan.
Dalam pada itu, Eyka turut menasihati orang ramai agar bertindak jika terlihat pemandu muatan berat memandu laju.
Sampai menggigil saya tengok dia bawa laju sangat, nasib sempat tengok nombor plate dan terus call untuk buat aduan.
Untuk semua orang di luar sana kalau nampak bas atau lori bawa laju dan merbahaya tolong terus ambil video dan buat aduan.
Sumber: Threads @eykafarhana
The post Eyka Farhana ‘Anxiety’ Dengan Pemandu Bas, Berang Tak Serik Dengan Kes Kemalangan first appeared on OHBULAN!.





