Sebuah naskhah terbaharu terbitan rumah produksi Key Billions Sdn. Bhd. berjudul Tiket Sehala yang mengangkat kisah mengenai sindiket penipuan kerja di luar negara bakal menggegarkan pawagam.
Artikel Berkaitan: Noki Dedah Tak Lalui Zaman Sekolah Seperti Pelajar Lain – ‘Saya Nak Hidup Sendiri, Tak Mahu Balik Rumah’
Sindiket tipu kerja

Filem arahan Rahila Ali itu diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku di seluruh dunia, termasuk melibatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tawaran pekerjaan palsu di luar negara.
Menurut Rahila, idea menghasilkan Tiket Sehala tercetus daripada rasa tanggungjawab untuk membuka mata masyarakat terhadap bahaya sindiket tersebut.
Tiket Sehala adalah berinspirasikan daripada kisah benar yang sememangnya sebuah masalah global, termasuk rakyat Malaysia sendiri ramai yang terjebak dalam sindiket tersebut.
Ia merupakan sebuah karya yang dihasilkan dengan rasa terbitnya tanggungjawab untuk menunjukkan kesan dan akibatnya kepada penonton apabila menjadi mangsa.
Filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon tempatan seperti Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Fancy Goh serta Shaharudin Jamaludin.
Selain Malaysia, Tiket Sehala turut menampilkan pelakon antarabangsa dari Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.
Antara yang terlibat termasuk pelakon Korea Selatan Hyunjun Sun, Ninja daripada kumpulan SuperThai dari Thailand serta pelakon Indonesia Naufal Samudra.
Dalam pada itu, pengasas Key Billions Sdn. Bhd. iaitu Eddie Yap berkata pihaknya tertarik untuk menerbitkan filem tersebut kerana kelainan tema yang dibawakan.
Saya melihat cerita mengenai sindiket penipuan kerja di luar negara jarang dihasilkan, sedangkan ia satu masalah yang cukup besar dan membimbangkan.
Jadi, menerusi Tiket Sehala, sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran buat seseorang individu untuk lebih berhati-hati jika menerima tawaran bekerja di luar negara.
Tambah Eddie, sebahagian penggambaran filem itu turut dijalankan di Korea Selatan dengan kerjasama kru produksi dari negara tersebut.
Dengan gabungan tersebut, sekurang-kurangnya memberikan pengalaman kepada kru produksi Malaysia untuk mempelajari sesuatu yang baharu daripada pihak luar agar dapat meningkatkan lagi kualiti filem tempatan pada masa akan datang.
The post ‘Tiket Sehala’ Angkat Kisah Mangsa Scam Kerja Luar Negara, Gabung Pelakon Empat Benua first appeared on OHBULAN!.





