29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan lulus lanjutan pelepasan cukai TAR UMT 10 tahun lagi

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim meluluskan pelanjutan tempoh pelepasan cukai Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) selama 10 tahun.

    Jurucakap Kerajaan Madani Fahmi Fadzil memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini meneliti isu pelepasan cukai TAR UMT serta menghargai perananan khas universiti itu dalam menyediakan pendidikan tinggi swasta yang berkualiti dan berpatutan.

    Bagaimanapun, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata TAR UMT kekal tertakluk kepada semakan pematuhan sepanjang tempoh kelulusan berkuat kuasa.

    MENARIK:  Pemangku Ketua Hakim Negara panggil mesyuarat tergempar JAC - laporan

    “Ini termasuk syarat seperti mengemukakan penyata kewangan yang diaudit setiap tahun, selaras dengan keperluan subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Pada 4 Feb lepas, Perdana Menteri dalam program Temu Anwar di kampus TAR UMT mengumumkan bahawa semua badan dan yayasan pendidikan akan menikmati pengecualian cukai selama 10 tahun termasuk universiti berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah