Bagi sesetengah wanita, tempoh selepas melahirkan anak bukan sahaja membawa perubahan dari segi rutin dan tanggungjawab, malah ada yang mengambil masa untuk kembali merasa seperti diri sendiri atau mendapatkan semula ‘pink’ (dapatkan diri sendiri) mereka.
Situasi itu turut dilalui pelakon, Farah Nabilah yang mengakui mengambil masa hampir lima tahun untuk kembali menemui dirinya selepas banyak memberi fokus kepada suami dan anak-anak.
Artikel Berkaitan: POV XTRA: Kejar Pujian Boleh Buat Diri Rasa Sunyi, Farah Nabilah Percaya Validasi Dari Orang Luar Tak Penting
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farah Nabilah Kembali Berlakon Selepas 7 Tahun – ‘Tak Boleh Babak Bersentuhan Dengan Lelaki & Bukan Watak Penyondol’
5 Tahun Hilang Diri Sendiri
Menerusi #ThrowbackXTRA, Farah mengakui antara pengorbanan terbesar yang pernah dilakukannya adalah apabila dia merasakan seperti kehilangan dirinya sendiri sepanjang lima tahun pertama selepas memberi tumpuan kepada suami dan anak-anak.
Pengorbanan terbesar adalah the first five years saya rasa macam saya hilang diri sendiri. Saya banyak fokus kepada suami dan anak-anak, jadi apa-apa keutamaan semua kepada mereka.
It’s not good untuk lupa diri sendiri tapi perlahan-lahan diri sendiri saya datang balik. Saya sedar itu adalah pengorbanan terbesar yang saya lakukan untuk diri bagi memastikan suami dan anak-anak bahagia.
Dapat ‘Pink’ Selepas 5 Tahun
Bagaimanapun, selepas melalui tempoh tersebut, Farah bersyukur apabila perlahan-lahan mula menemui semula dirinya serta mendapatkan kembali keyakinan untuk kembali ke dunia lakonan.
Menurutnya, perubahan itu juga membuatkan dirinya lebih bersedia untuk kembali aktif di hadapan kamera selepas beberapa tahun memberikan fokus utama kepada keluarga.
Alhamdulillah, selepas lima tahun saya akhirnya dah dapat ‘pink’ saya semula dan sebab itu juga saya sudah dapat keyakinan diri untuk kembali berlakon semula.
View this post on Instagram
Kembali Berlakon Juga Satu Pengorbanan Terbesar
Namun, keputusan kembali berlakon hadir dengan satu lagi pengorbanan besar apabila Farah perlu berjauhan daripada anak-anak dalam tempoh panjang demi memenuhi komitmen penggambaran.
Dan ini adalah satu pengorbanan terbesar, tinggalkan anak-anak di rumah dua bulan tak balik untuk pergi shooting.
Habis shooting saya akan pastikan saya ambil masa dengan anak-anak, sebab mereka akan tertanya-tanya kenapa saya lama tak balik.
Bagi Farah, kehidupan sebagai seorang ibu dan pelakon memerlukan keseimbangan, khususnya apabila kerjaya menuntutnya berjauhan daripada keluarga untuk satu tempoh yang lama.
Namun selepas bertahun-tahun meletakkan keluarga sebagai keutamaan, Farah kini kembali membina ruang untuk dirinya sendiri tanpa melupakan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak.
The post #ThrowbackXTRA: Lima Tahun ‘Hilang Diri’ Demi Suami & Anak, Farah Nabilah Akui Banyak Berkorban – ‘Kini Dah Dapat ‘Pink’ Saya Semula’ first appeared on OHBULAN!.





