28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #SkoolXTRA: Pernah Kena Pumping 100 Kali, Viviana Imbau Kenangan Zaman Sekolah

    Shopee Sale

    Edisi khas segmen #SkoolXTRA mengimbau kembali perjalanan selebriti ketika berada di bangku sekolah, termasuk sisi mereka yang mungkin belum pernah diketahui peminat.

    Untuk edisi #SkoolXTRA minggu ini, penyanyi Viviana, yang juga merupakan anak kepada penyanyi Ani Maiyuni, berkongsi serba sedikit mengenai kehidupannya ketika bergelar pelajar.

    Artikel Berkaitan: #TipsXTRA: Masuk Industri Bukan Sekadar Mahu Popular, Viviana Tekankan Ilmu & Adab

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tangan Dipegang, Kaki Diikat & Dia Tarik Rambut Saya..’ – Anak Ani Mayuni Dakwa Pernah Jadi Mangsa Buli

    Extrovert, Tapi Circle Kawan Kecil

    Mengakui dirinya seorang yang sangat extrovert sejak zaman sekolah, Viviana bagaimanapun mendedahkan dia tidak mempunyai kelompok rakan yang terlalu besar.

    Pelajar yang sangat extrovert, tapi saya tak ramai kawan. Circle saya sangat kecil.

    Aktif Sukan, Hafazan Hingga Persembahan

    Bukan sekadar aktif di dalam kelas, Viviana turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kokurikulum termasuk sukan, hafazan, nyanyian dan tarian.

    Malah, pentas dan pertandingan bukan sesuatu yang asing buat dirinya sejak zaman persekolahan.

    Saya sangat aktif dalam kokurikulum. Sukan, hafazan, menyanyi dan menari. Selalu buat persembahan dan masuk pertandingan.

    Sikap aktif itu turut menyaksikan Viviana diberi beberapa tanggungjawab di sekolah apabila pernah dilantik sebagai pengerusi kelab kebudayaan dan pengawas sekolah.

    MENARIK:  ‘Kesihatan Andre Mikhail Bertambah Baik’ – Amyza Aznan

    Apabila berpindah ke sekolah lain, dia kemudiannya menjadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

    View this post on Instagram

    A post shared by @vivianazairi

    Matematik Jadi ‘Musuh’ Utama

    Bercerita mengenai akademik pula, Viviana mengakui Matematik merupakan antara mata pelajaran yang paling mencabar buat dirinya.

    Sebaliknya, dia lebih meminati subjek yang berkait rapat dengan bahasa, sejarah dan kreativiti.

    Mata pelajaran paling susah bagi saya adalah Matematik. Saya suka Bahasa Melayu, Sejarah dan Seni.

    Lambat Ke Sekolah, Kena ‘Pumping’ 100 Kali

    Namun seperti kebanyakan pelajar lain, Viviana juga tidak terlepas daripada pengalaman dikenakan hukuman ketika berada di sekolah.

    Antara kenangan yang masih diingatinya ialah apabila dia pernah diarahkan melakukan ‘pumping’ sebanyak 100 kali gara-gara datang lewat.

    Saya kena pumping 100 kali sebab lambat datang sekolah.

    The post #SkoolXTRA: Pernah Kena Pumping 100 Kali, Viviana Imbau Kenangan Zaman Sekolah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah