29 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Syukri & Pinn Yang Pertama Kali Jumpa, Terus ‘Click’ Pasal Bisnes

    Shopee Sale

    Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila akhirnya berpeluang bertemu dengan individu yang selama ini menjadi inspirasinya dalam dunia keusahawanan, Pinn Yang.

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Dipuji ‘Humble’ Makan Nasi Campur Di Warung – ‘Dah 40 Tahun, Ini Kali Pertama Jumpa Artis’

    Artikel Berkaitan: Pinn Yang Dedah Raih Hanya 1A, Titip Kata Semangat Buat Calon SPM – ‘Apa Yang Anda Buat Selepas Itu Lebih Penting’

    ‘Dah lama nak jumpa’ – Aliff Syukri

    Pinn Yang yang dikenali menerusi platform media sosial khususnya TikTok, banyak berkongsi mengenai dunia perniagaan serta penghasilan kandungan digital.

    Menariknya, pertemuan tersebut berlaku secara tidak dirancang dan membuka ruang buat kedua-dua usahawan berkenaan untuk berkongsi pengalaman serta pandangan masing-masing.

    Menurut Aliff Syukri, dia sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengan Pinn Yang.

    Saya memang sudah lama teringin untuk bertemu Pinn Yang. Apabila pertemuan ini berlaku secara tidak sengaja, saya rasa sangat teruja kerana kami dapat berkongsi pandangan dan pengalaman dalam dunia perniagaan.

    Pada masa yang sama, saya turut menerima tawaran daripada pihak Pinn Yang untuk bersama-sama menjayakan Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) 2026, yang buat julung kalinya akan berlangsung di Pulau Pinang.

    Pertemuan pertama terus ‘click’

    Bukan sekadar bertukar pandangan mengenai perniagaan, pertemuan itu turut menyentuh soal pemasaran digital dan cara memanfaatkan media sosial untuk membina sesuatu jenama.

    Sementara itu, Pinn Yang pula menyifatkan pertemuan pertamanya dengan Aliff Syukri sebagai satu pengalaman yang positif.

    Apabila pertama kali bertemu dengan Dato’ Seri Aliff Syukri, saya dapat merasakan chemistry yang baik antara kami. Saya sangat kagum dengan personaliti beliau dalam bidang perniagaan, selain kandungan yang dihasilkan di media sosial.

    Banyak perkara yang kami kongsikan dan bincangkan bersama, terutamanya berkaitan pengalaman dalam dunia perniagaan serta bagaimana media sosial boleh dimanfaatkan untuk membina jenama.

    Aliff Syukri & Pinn Yang bakal bersatu di KHPM 2026

    Pertemuan tersebut nampaknya bukan sekadar perkenalan biasa apabila Aliff Syukri dan Pinn Yang bakal berada di satu pentas menerusi Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) 2026.

    MENARIK:  Pentingnya Menjaga Hubungan Bapa dan Anak, Tanpa Alasan Apapun - Sharnaaz Ahmad

    Buat julung kalinya, KHPM 2026 akan berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang selama dua hari pada 26 dan 27 September ini.

    Karnival berkenaan bakal menghimpunkan pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), usahawan, persatuan industri serta pemain industri dari seluruh Malaysia.

    Pelbagai aktiviti turut disediakan termasuk perbincangan panel, sesi pembentangan perniagaan (pitching), perkongsian ilmu dan jaringan perniagaan (networking).

    KHPM 2026 dianjurkan oleh Monie, sebuah jenama di bawah Foodie Media Berhad, bersama Spire Digital dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

    Bukan hanya berkisar mengenai dunia perniagaan, karnival itu turut dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis popular tanah air antaranya Ella, Ara Johari, Shasha Rizal, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Nuha Baharin.

    Dengan gabungan nama besar dalam dunia keusahawanan dan pencipta kandungan digital, pertemuan Aliff Syukri dan Pinn Yang dijangka menjadi antara segmen yang menarik perhatian pengunjung KHPM 2026.

    The post Aliff Syukri & Pinn Yang Pertama Kali Jumpa, Terus ‘Click’ Pasal Bisnes first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah