30 C
Kuala Lumpur
Friday, September 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hazwani Helmi Kongsi Tip Turunkan Berat Badan, ‘Pernah Amal OMAD & Defisit Kalori’

    Shopee Sale

    Penyanyi Hazwani Helmi berkongsi beberapa kaedah yang pernah diamalkannya dalam usaha menurunkan berat badan.

    Artikel Berkaitan: ‘Kahwin Awal Bukan Ukuran Bahagia’ – Hazwani Helmi

    Artikel Berkaitan: Hazwani Helmi Titip Kata Semangat Buat Individu Kesal Pernah Berzina – ‘Allah Tak Tengok Permulaan Kita ..’

    Tip turunkan berat badan

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Hazwani berkata dia ketika itu perlu menurunkan berat badan bagi menjayakan watak seorang model Muslimah dalam sebuah drama. Antara kaedah yang dilakukannya adalah dengan mengehadkan waktu makan kepada sekali sehari.

    One Meal A Day (OMAD) – makan sekali sehari, and then puasa dari makan tapi still boleh minum.

    Berkongsi lanjut mengenai perjalanannya mendapatkan berat badan yang ideal, Hazwani berkata dia turut mengambil pendekatan dengan mengawal jumlah kalori harian.

    Masa tu ambil calorie hanya 900-600 per day. Jangan ikut tau sebab memang tak healthy tapi sebab nak kejar body weight before masuk set huhu. So mungkin boleh try 1,500-1,200.

    Selain menjaga pemakanan, Hazwani turut melakukan senaman kardio hampir setiap hari.

    Saya hampir setipa hari naik treadmill speed around 3.5-4.5 mph, incline dalam 9 atau 10. So, less stress, less making you hungry (berdasarkan pengalaman saya sendiri)

    Dalam masa sama, Hazwani mengingatkan orang ramai yang ingin menurunkan berat badan supaya tidak terlalu memaksa diri ketika bersenam. Hal ini kerana senaman yang berlebihan mungkin boleh memberi tekanan kepada tubuh.

    Kalau paksa banyak sangat workout nanti buat badan high in cortisol. Tu jadi punca susah nak turun.

    Banyakkan berjalan lepas makan and banyakkan naik tangga.

    Sementara itu, Hazwani berharap perkongsiannya itu dapat membantu mereka yang sedang berusaha mencapai sasaran berat badan.

    MENARIK:  ‘Saya Sendiri Tak Tahu Kenapa Zaki Nak Rahsiakan Keputusan SPM’ – Jamal Abdillah

    Sumber: Threads

    The post Hazwani Helmi Kongsi Tip Turunkan Berat Badan, ‘Pernah Amal OMAD & Defisit Kalori’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah