25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Beri Susu Badan Atau Formula Bukan Ukuran Ibu Sempurna? Ini Pandangan Zahirah Macwilson

    Shopee Sale

    Menjadi seorang ibu hadir dengan cabaran tersendiri, termasuk soal penyusuan bayi yang sering menjadi perdebatan dan secara tidak langsung memberi tekanan kepada sesetengah wanita.

    Bagi pelakon, Zahirah Macwilson, setiap ibu mempunyai perjalanan berbeza dan tidak seharusnya dibebani dengan gambaran mereka perlu menjadi seorang ibu yang ‘sempurna’.

    Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: ‘Jangan Terlalu Obses Dengan Kerjaya’ – Watak Ibu Kehilangan Anak Ubah Perspektif Zahirah Macwilson Tentang Kehidupan

    Artikel Berkaitan: #BabyXTRA: Tegas Tapi Penuh Kasih Sayang, Ini Cara Zahirah Macwilson Didik Anak-Anak

    Istilah ‘Perfect Mum’ Tak Wujud

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA, Zahirah berpendapat sama ada seseorang ibu memilih untuk menyusukan bayi dengan susu badan atau susu formula, perkara paling penting adalah memilih apa yang terbaik mengikut keadaan masing-masing.

    Saya tak pasti mengenai perkara itu, tetapi pada pendapat saya breastfeeding atau formula, whatever works best for you.

    The ultimate sort of a perfect mum itu tak wujud.

    Menurut Zahirah, sekiranya seseorang ibu diberikan rezeki dan kemampuan untuk menyusukan bayi secara eksklusif, mereka boleh meneruskannya. Namun, bagi mereka yang berdepan kesukaran, tidak wajar untuk terus memberikan tekanan kepada diri sendiri.

    Kalau you diberikan rezeki untuk breastfeed, teruskan. Tapi kalau tak boleh, saya rasa tekanan yang dilalui oleh para ibu itu tidak berbaloi.

    Baby will still grow well and healthy as long as you know what you are doing. Dapatkan pandangan dan nasihat daripada doktor.

    Dalam masa sama, Zahirah mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah menghakimi keputusan seorang ibu kerana setiap individu mungkin berdepan situasi dan cabaran yang tidak diketahui orang lain.

    Pada akhirnya kita tak boleh judge orang for something yang they are not comfortable with. Setiap daripada mereka ada cabaran sendiri.

    The post POV XTRA: Beri Susu Badan Atau Formula Bukan Ukuran Ibu Sempurna? Ini Pandangan Zahirah Macwilson first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Tidak Mahu Anak Membesar Nanti Dalam Keadaan Trauma’ – Da’i Syed

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah