Pelakon Nadia Brian memberikan pandangannya berhubung penularan video pementasan teater This Is Malaysia yang didakwa mempersendakan Rukun Negara, Institusi Raja dan menyentuh beberapa perkara sensitif.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Nak Kahwin Soalan Famous Setiap Kali Raya’ – Nadia Brian
Artikel Berkaitan: Nadia Brian Akur Jika Tiada Jodoh Dengan Boss Ned – ‘Saya Fokus Keluarga & Kerja’
Nadia luah rasa kesal

Ketika ditemui , Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, kesal dengan tindakan individu-individu yang terlibat dengan teater berkenaan meskipun ia sudah lama dipentaskan.
Menurut Nadia, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
Bila dipermainkan institusi Raja yang sangat sensitif, ia harus dihentikan sebab terang-terangan.
Walaupun video itu sudah lama iaitu pada 2018 tapi negara kita ada undang-undang. Bila pihak terbabit mempermainkan institusi Raja, perlembagaan dan perjuangan untuk dapatkan itu pun bukannya sekelip mata.
Pelbagai peristiwa yang berlaku, pertumpahan darah, air mata dan keringat orang-orang dahulu memperjuangkannya. Mereka pula hanya buat video itu untuk keseronokan?
Walaupun ia video lama, ia menjadi satu benda yang meninggalkan kesan buat saya sebagai rakyat Malaysia.
Nadia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Karok Dapur yang berlangsung di Banglo 289, Kuala Lumpur pada Isnin.
Tambah Nadia, isu berkenaan haruslah dijadikan sebagai pengajaran supaya masyarakat tidak lagi melampaui batas.
Mungkin kalau nak bercakap mengenainya, kita ada saluran yang betul dan menggunakan bahasa ataupun penekanan yang berlainan daripada terang-terangan mengejek sistem perlembagaan negara kita sendiri.
Kita lahir di sini dan sayang negara ini bukan? Jadi, saya harap benda ini tidak berlaku lagi dan ia harus diambil serius.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 10 minit yang memaparkan beberapa orang pelakon teater berkenaan membaca prinsip Rukun Negara, namun didakwa mengandungi unsur penghinaan dan menyentuh sensitiviti.
Susulan itu, tiga daripada lima pelakon yang dikenal pasti sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
The post [VIDEO] Nadia Brian Kecewa Isu Pementasan Teater ‘This Is Malaysia’ – ‘Ia Meninggalkan Kesan Buat Saya Sebagai Rakyat’ first appeared on OHBULAN!.





