Penyanyi dan pelakon Didi Astillah, kurang senang apabila terdapat segelintir individu dengan mudah menghukum kisah peribadi orang lain.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tanya Dekat Mana Laksa Sedap, Kenapa Netizen Ucap Tahniah?’ – Didi Astillah
Artikel Berkaitan: Nikah Di Hari Asyura, Didi Astillah Kini Sah Isteri Diniey Ng
Jadi orang baik

Menerusi hantaran di Threads, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, berkata, setiap insan mempunyai jalan cerita dan pengalaman hidup berbeza yang mungkin tidak diketahui orang lain.
Kita tak pernah tahu sepenuhnya apa yang seseorang lalui di dalam hidupnya.
Jadi kalau tak mampu mendoakan, sekurang-kurangnya jangan jadikan luka atau trauma orang lain sebagai hiburan.
Jadilah orang yang baik. Kita semua ada cerita yang orang lain tak tahu.
Dalam masa yang sama, Didi juga menitipkan nasihat agar setiap orang menjaga tutur kata mereka dan berdoa akan perkara-perkara yang baik.
Lebih baik kita doa yang baik-baik buat kedua ibu bapa kita, keluarga dan kawan-kawan kita.
Al-Fatihah buat sesiapa yang sudah kehilangan orang tuanya.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan adik kepada aktres Bella Astillah itu.
Selain itu, warganet juga berpandangan, setiap individu perlu lebih menjaga hati dan memahami situasi orang lain sebelum mengeluarkan sebarang kata-kata yang mungkin boleh mengguriskan hati.
Sumber: Threads
The post ‘Jangan Jadikan Luka Atau Trauma Orang Lain Sebagai Hiburan’ – Didi Astillah first appeared on OHBULAN!.





