Ratu cantik Malaysia, Taanusiya Chetty menganggap kritikan dan pandangan orang ramai merupakan perkara biasa apabila seseorang mendapat perhatian umum.
Artikel Berkaitan: ‘Guru Juga Mampu Bermimpi Besar, Bawa Nama Negara Ke Pentas Dunia’ – Taanusiya Chetty
Artikel Berkaitan: Taanusiya Chetty Nafi Keturunan ‘Chetti’ – ‘Saya India & Bukan Asal Dari Melaka’
Taanusiya Chetty ulas isu Miss Universe dikritik

Ketika ditemui , Taanusiya berkata setiap individu mempunyai pandangan tersendiri, namun kadangkala teguran yang diberikan boleh dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki diri.
Ia normal. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Kita tak boleh puaskan hati mereka untuk rasa diri mereka baik. Kadang-kadang mereka kritik dengan cara baik.
Mungkin mereka rasa kamu patut buat lebih baik. Terima kritikan itu dan jangan anggap ia sebagai keburukan. Kamu perlu perbaiki.
Taanusiya berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan terhadap fizikal finalis Miss Universe Malaysia 2026 yang didakwa tidak menepati standard kecantikan sesetengah pihak.
Bagaimanapun, Taanusiya mengakui kritikan yang keterlaluan boleh memberi kesan terhadap emosi dan mental seseorang.
Justeru, setiap peserta pertandingan ratu cantik perlu membuat persediaan dari segi fizikal dan mental sebelum menyertai platform berkenaan.
Tetapi jika mereka kritik yang teruk, kamu boleh block mereka. Kadang-kadang saya akan bercerita pada keluarga kerana kritikan akan memberi kesan pada mental dan emosi.
Kita tak tahu ada orang nampak kuat tetapi sebenarnya di belakang dia banyak menangis. Pada akhirnya, kamu sertai platform untuk menjadi ikon. Kalau awak nangis dan patah balik, itu bukan ikon yang orang mahu lihat.
Kamu perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Kalau kamu sedih kerana dikritik, cari cara untuk motivasi.
Sebelum ini, tular satu hantaran yang memaparkan video finalis Miss Universe Malaysia 2026.
Menerusi hantaran tersebut, ruangan komen turut dipenuhi komen negatif daripada netizen yang mengkritik fizikal dan penampilan peserta.
The post Finalis Miss Universe Malaysia Dikecam, Taanusiya Chetty Pesan – ‘Jangan Anggap Kritikan Sebagai Keburukan’ first appeared on OHBULAN!.





