29 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aminahtul Mardiah Nasihat Ibu Bapa Elak Buka Aib Di Media Sosial – ‘Suatu Hari Bila Anak Tengok Balik, Mereka Akan Sedih’

    Shopee Sale

    Peguam dan pencipta kandungan, Aminahtul Mardiah berkongsi pendapatnya berkenaan konflik antara bekas pasangan suami isteri yang dipercayai boleh menjejaskan anak-anak mereka.

    Artikel Berkaitan: Aminahtul Marrdiah Tegur Individu Didakwa Cuba Keruhkan Kemelut Abby Abadi & Keluarga

    Artikel Berkaitan: Aminahtul Tak Rasa Bazir Taja Staf Tunai Umrah – ‘Allah Ganti Dengan Pekerja Tak Berkira & Setia’

    Nasihat buat ibu bapa

    Ketika ditemui , Aminahtul berkata, ibu bapa tidak sewajarnya mendedahkan isu peribadi secara umum di media sosial.

    Hal ini kerana, kisah-kisah negatif yang tersebar akan menyorot perhatian ramai, selain meninggalkan jejak digital yang boleh diakses oleh khalayak, lalu memberi kesan terhadap emosi anak-anak.

    Untuk kes-kes yang melibatkan perceraian atau ibu bapa yang tidak sefahaman, saya percaya yang menjadi mangsa ialah anak-anak.

    Kalau mengikut prosedur syariah ia adalah hadanah dan pembahagian masa jagaan anak-anak.

    Tetapi perbuatan seperti membuka aib bekas pasangan atau memburukkan satu sama lain di media sosial sepatutnya dielakkan.

    Sebab anak-anak kalau tak ada telefon pun, mungkin rakan-rakan ada dan mereka akan tahu apa yang diceritakan oleh orang ramai tentang ibu bapa mereka.

    Justeru, Aminahtul menasihati para ibu bapa agar sentiasa mendahulukan kepentingan anak-anak.

    Jadi, tanggungjawab ibu bapa seharusnya adalah untuk melindungi kepentingan terbaik anak-anak, bukan kepentingan diri sendiri.

    Tumpuan sudah berubah kepada anak-anak, jadi hentikan daripada melakukan perkara-perkara itu di sosial media.

    Tambah Aminahtul, terdapat beberapa kes yang boleh dikenakan tindakan undang-undang terhadap bekas pasangan, namun menurutnya adalah lebih baik mereka mencari jalan damai demi anak-anak.

    MENARIK:  Fauzi Nawawi, Shaheizy Sam Bersatu Dalam Filem Pendek ‘Neon: Warna Kehidupan’

    Bukan itu sahaja, peguam yang berpengalaman hampir 20 tahun ini turut menegaskan bahawa nama baik anak juga haruslah dilindungi.

    Saya percaya apa yang perlu dilakukan adalah melindungi anak-anak. Mungkin kita ada rasa tidak puas hati, contohnya anak kita dipengaruhi dengan mana-mana pihak, anda boleh buat laporan atau saman fitnah.

    Cuma mungkin ada individu yang tak mahu bawa perkara tersebut ke mahkamah. Kosnya besar dan masa yang panjang, jadi berhentilah buat perkara-perkara yang boleh menjejaskan masa depan anak itu.

    Ibu bapa sepatutnya melindungi maruah dan nama baik anak.

    Mungkin suatu hari nanti dia akan tengok balik benda ini semua dan dia akan rasa sedih dan kecewa. Bersangka baik dan jangan burukkan satu sama lain sebab anda pernah bersama dan melahirkan anak bersama.

    The post [VIDEO] Aminahtul Mardiah Nasihat Ibu Bapa Elak Buka Aib Di Media Sosial – ‘Suatu Hari Bila Anak Tengok Balik, Mereka Akan Sedih’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah