Pelakon, Nabila Huda berkongsi realiti di sebalik kerjaya sebagai anak seni yang sememangnya menuntut pengorbanan besar dari segi masa, tenaga serta kesihatan mental.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Huda Titip Nasihat Untuk Pelakon Baharu – ‘Jangan Kekwat, Kekal Merendah Diri’
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Bila Pakai Comot Masuk Restoran Fancy Macam Kena Judge’ – Nabila Huda
Korban masa

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila, 41, berkata orang ramai mungkin tidak menyedari betapa padatnya rutin seorang pelakon yang perlu menghabiskan sebahagian besar masa di lokasi penggambaran.
Menurutnya, pengorbanan terbesar adalah masa kerana terpaksa mengetepikan waktu rehat, cuti, hujung minggu serta momen bersama keluarga.
Pernah tak korang terfikir atau tertanya, betapa sukarnya menjadi seorang pelakon? Saya pelakon di televisyen, layar perak dan di pentas. Apa pengorbanan yang paling besar? Masa.
Kami mengorbankan begitu banyak masa hanya untuk berada di lokasi penggambaran. Kami korban hari rehat, cuti, hujung minggu, masa dengan keluarga, masa dengan kawan-kawan dan kadang-kadang masa untuk diri sendiri.
Tambah Nabila, kerjaya sebagai pelakon juga tidak mengenal waktu kerana ada kali perlu bekerja pada hujung minggu dan cuti umum, selain tidak boleh sesuka hati mengambil cuti sakit ketika mengalami masalah kesihatan.
Menjadi seorang pelakon, tiada istilah hujung minggu. Tiada cuti umum. Kalau sakit pun tak boleh sesuka hati ambil cuti sakit.
Secara mental, kami juga keletihan. Sebab kepala sentiasa fikir macam mana nak buat yang terbaik untuk setiap watak.
Kadang-kadang kami tak dapat tidur dengan baik sebab selagi babak itu tak selesai, selagi rasa tak cukup, fikiran masih bekerja.
Malah, menurut Nabila, ada keadaan apabila mereka hanya sempat tidur sekitar lima jam sebelum perlu kembali bekerja seperti biasa pada keesokan harinya.
Bergantung kepada pekerjaan, kadang-kadang kami bangun jam 6 pagi dan habis hampir Subuh. Ada masa tidur cuma lima jam, kemudian bangun dan buat semuanya sekali lagi.
Sepanjang hari kita bekerja, bergerak, menghafal, menunggu, berlatih dan menjalani penggambaran.
Sumber: Instagram
The post Nabila Huda Kongsi Realiti Jadi Pelakon – ‘Tiada Istilah Hujung Minggu, Tidur 5 Jam & Korban Masa Dengan Keluarga’ first appeared on OHBULAN!.





