Pelakon, Zara Zya meluahkan pandangannya mengenai sikap segelintir lelaki yang terlalu leka dengan hobi sehingga mengabaikan tanggungjawab lain termasuk terhadap keluarga.
Artikel Berkaitan: ‘Pantang Kalau Saya Melawa Sikit, Mesti Akan Ada Yang Cakap Saya Buat Muka’ – Zara Zya
Leka dengan hobi

Menerusi hantaran di Threads, Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata dia kurang senang melihat lelaki yang terlalu mengutamakan hobi sehingga menghabiskan masa berjam-jam di luar rumah.
Saya tak suka lelaki yang ada hobi sampai lupa dunia. Contoh, sikit-sikit pergi memancing. Sikit-sikit pergi main bola.
Selagi tak dekat subuh tak ingat nak balik. Isteri pula jaga anak kat rumah. Ingat isteri tiada hobi, tiada kawan ke? Meluah bagi pihak wanita.
Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian wargamaya, khususnya golongan wanita yang dilihat bersetuju dengan pandangan yang disampaikan Zara.
Rata-rata berpendapat tidak salah untuk pasangan mempunyai hobi masing-masing, namun masa yang diperuntukkan untuk aktiviti berkenaan perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab terhadap keluarga.
Sumber: Threads
The post ‘Sikit-Sikit Pergi Memancing, Selagi Tak Subuh Tak Balik’ – Zara Zya Tegur Lelaki Leka Dengan Hobi first appeared on OHBULAN!.





