Sebelum ini, usahawan dan pempengaruh media sosial Syafiqa dan Syida Melvin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh sebuah butik menyewa pakaian.
Terbaharu, seorang individu yang mendakwa sebagai pelanggan butik tersebut telah tampil menjelaskan kejadian yang berlaku.
‘Ni sebab tak bagi..’
Menerusi perkongsian di IG Story, Syifa Melvin memuat naik paparan skrin komen yang ditinggalkan oleh individu yang dikenali sebagai Zuzana.
Individu terbabit mendakwa bahawa pekerja di butik berkenaan sangat baik dengan memberi penerangan tentang peraturan premis tersebut. Tetapi lain pula yang jadinya, apabila wanita itu mendakwa adik-beradik itu telah memaki pekerja yang bertugas.
Susulan daripada itu, Syifa tampil membidas dan mendakwa bahawa mereka adik-beradik marah kerana tindakan pemilik butik berkenaan yang melihat kejadian itu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengarahkan Syida membawa keluar anaknya.
Kalau pekerja dia bagi duduk dekat sofa tu, pasal apa depa nak marah? Ni sebab tak bagi.