30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Terima Anugerah Best Front Liner 2025, Ini 5 Kisah ‘Hero Airport’ Yang Buat Meremang!

    Shopee Sale

    Kecekapan, keberanian dan keprihatinan petugas barisan hadapan di rangkaian lapangan terbang kendalian pengendali utama lapangan terbang negara, Malaysia Airports, sekali lagi mendapat pengiktirafan apabila mereka dinobatkan di majlis Best Front Liner Awards 2025 yang dianjurkan baru-baru ini.

    Majlis yang berlangsung di Hotel Sama-Sama, KLIA itu bertujuan untuk memberi penghargaan kepada petugas terbaik sekaligus menjadi medan mengetengahkan kisah-kisah hebat dan luar biasa yang berlaku di lapangan terbang negara kita.

    Oleh itu, kali ini min nak kongsi 5 kisah kejayaan petugas barisan hadapan lapangan terbang untuk kita jadikan teladan dan sebagai salah satu bentuk pengiktirafan atas usaha mereka selama ini.

    1. Kerjasama sepadu selamatkan nyawa

    Pada 15 Oktober 2024, seorang penumpang wanita tiba-tiba mengalami tanda-tanda bakal melahirkan ketika berada berhampiran kaunter maklumat Terminal 1 KLIA.

    Melihat situasi ini, sekumpulan petugas barisan hadapan segera bergegas ke sisinya untuk memberikan bantuan.Mereka terdiri daripada Airport CARE Ambassadors, pegawai Aviation Security (AVSEC), staf Airport Operation Control Centre (AOCC), paramedik dan doktor dari Klinik Menara.

    Tahniah di ucapkan kepada Nur Senorita Mussie, Nur Amalia Binti Ramli, Arishahromnizam Bin Idris, Yogeswari A/P Nagaiah, Rohaizasalwa Binti Omar, Mohd Razlie Bin Che Arshad, Noor Fadhilah Binti Md Sulong dan Noorhidayah Binti Mohd, Jeganathan A/L Kunasegaran dan Dr Jayabalaganesan A/L Nagendralingan atas kejayaan mereka yang berjaya membantu wanita tersebut melahirkan dengan selamat.

    Atas usaha luar biasa ini, mereka telah dianugerahkan Anugerah STAR Petugas Barisan Hadapan Terbaik iaitu pengiktirafan tertinggi di Best Front Liner Awards 2025.

    2. Elak api merebak & letupan berlaku

    Di Bintulu, pegawai AFRS Andrew Joey bertindak pantas mengaktifkan sistem pemadam kebakaran apaibla melihat apabila sebuah kenderaan terbakar di stesen minyak.

    Tindakan itu diambil bagi memastikan kebakaran tidak merebak sekaligus mengelakkan terjadinya letupan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka yang berada di kawasan tersebut.

    3. Degup kembali di Sandakan

    Best Front Liner 2025
    Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani menyampaikan anugerah kepada kakitangan AFRS, Sahdan Aidil Ladah yang telah menyelamatkan seorang penumpang yang rebah akibat serangan jantung.

    Di Sandakan, anggota Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS), Sahdan Aidil Ladah telah menyelamatkan seorang penumpang yang rebah akibat serangan jantung pada 15 November 2024.

    Tindakan pantas Aidil memberikan bantuan CPR dan kemudian menggunakan alat defibrilator automatik bagi memastikan penumpang berada dalam keadaan stabil sehingga ambulans tiba.

    MENARIK:  Peguam Ira Sahkan Syamsul Ada Buat Beberapa Tuntutan, Pulangkan Beberapa Perkara – ‘Kami Tak Setuju Kerana Ia Diberikan Dalam Perkahwinan’

    4. Terperangkap dalam kereta, Airport CARE Ambassador selamatkan kanak-kanak

    Mendengar bunyi hon berulang kali tanpa henti, Airport CARE Ambassador Vivie Nurhailiza Binti Mohd Faisal Leong menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dia kemudiannya, mencari dari mananya datang bunyi kenderaan tersebut. 

    Dia kemudian menemui seorang kanak-kanak terkunci sendirian dalam kereta dan berjaya membimbing kanak-kanak tersebut untuk membuka kunci kenderaan tersebut.

    Kanak-kanak tersebut dilaporkan telah terperangkap lebih 40 minit. Ketajaman naluri dan tindakan pantas Vivie telah menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut.

    5. Rebah di Terminal, tindakan pantas petugas barisan hadapan selamatkan warga emas

    Pada 24 Jun 2024, tiba-tiba seorang wanita berusia 78 tahun rebah berhampiran kawasan kastam di Terminal 2. 

    Tindakan pantas oleh gabungan pegawai Kastam, Airport CARE Ambassador, staf AOCC, paramedik dan pemandu ambulans berjaya memberikan rawatan segera dan mengiringinya ke pintu ketibaan dengan selamat.

    Tindakan pantas Siti Aishah Binti Ahmad Jusof, Nur Syasya Binti Razli, Mohd Ashyik Bin Abdul Hamid, Nurul Syuhadah Asyqin Binti Ossman, dan Nor Idham Muqris Bin Shahrol Nizam mendapat pujian ramai.

    Tindakan ini bukan sahaja menyentuh hati keluarga wanita tersebut, malah seluruh komuniti lapangan terbang turut bangga dengan tindakan mereka.

    Tahniah juga diucapkan kepada staf lapangan terbang yang lain seperti pegawai komunikasi korporat Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (milik Malaysia Airports), Baris Burak Demirayak, Koperal Mohammad Shafiq Bin Safi’ai (Aviation Security (AVSEC), Lans Koperal Fatin Zafirah Binti Zakaria Aviation Security (AVSEC) yang turut menerima pengiktirafan di Airport Best Front Liner Awards 2025 kerana cemerlang dalam menjalankan tugas masing-masing.

    Best Front Liner 2025
    Barisan penerima Best Front Liner Star Award iaitu pengiktirafan tertinggi dalam Best Front Liner Star Award 2025.

    Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani, dia menyifatkan petugas barisan hadapan sebagai nadi utama pengalaman penumpang di lapangan terbang.

    “Setiap kisah ini mengingatkan kita bahawa kepimpinan boleh lahir di mana-mana. Layanan yang mesra menjadikan perkhidmatan biasa sebagai satu kenangan luar biasa.” Katanya.

    Dalam masa yang sama beliau turut menekankan bahawa pengalaman perjalanan kelas dunia memerlukan kerjasama semua pihak di komuniti lapangan terbang ini termasuk pengendali darat, keselamatan, rakan niaga runcit, dan agensi kerajaan.

    The post Terima Anugerah Best Front Liner 2025, Ini 5 Kisah ‘Hero Airport’ Yang Buat Meremang! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah