28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tercalon Selebriti Paling Viral! Zarif Ghazzi Syukur Sebaris Fattah Amin & Hun Haqeem

    Shopee Sale

    Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi meluahkan rasa syukur dan terharu namanya tercalon dalam Paling Viral Online menerusi kategori Selebriti Paling Viral.

    Artikel Berkaitan: Hun Haqeem, Aina Abdul, Fattah Amin & Andy Teh Antara Yang Tercalon Bagi Kategori ‘Selebriti Paling Viral’

    Sebaris nama besar

    Zarif, 21, berkata, pencalonan itu merupakan satu penghargaan besar buat dirinya yang masih baharu dalam industri seni lakonan dan tidak menjangka akan tersenarai bersama nama-nama besar lain dalam kategori tersebut.

    Saya rasa sangat beruntung apabila tercalon dalam Paling Viral Online. Kepada semua peminat, saya harap anda dapat terus mengundi saya supaya saya berpeluang untuk menang.

    Pada mulanya bila saya tahu saya tercalon, rasa mungkin ada rezeki untuk menang. Tapi bila lihat calon lain yang semuanya nama besar, saya anggap dapat bersama mereka pun sudah satu pencapaian buat diri saya.

    Zarif berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran drama Satu, Dua…Dia? di Shah Alam, baru-baru ini.

    Tambah anak kelahiran Johor itu, tercalon bersama barisan pelakon senior sudah cukup membanggakan dan menjadi pembakar semangat untuk terus mengukuhkan nama dalam industri.

    Tercalon bersama artis-artis hebat itu sendiri sudah satu ‘achievement’ bagi saya. Insya-Allah, kalau ada rezeki untuk menang, saya akan berusaha menghadiahkan lebih banyak drama dan karya terbaik untuk peminat.

    Selain Zarif, turut memberi saingan dalam kategori Selebriti Paling Viral ialah Fattah Amin, Hun Haqeem, Meerqeen, Andy Teh, Anna Jobling, Aina Abdul, Nadeera, Datin Atikah Suhaime dan Amira Othman.

    MENARIK:  ‘Diana Kerja Keras Setiap Hari Demi Anak-Anak, Tak Pernah Minta Macam-Macam Dari Saya’ – Iqbal Zulkefli

    Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

    Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

    Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

    Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

    Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari http://www..com/palingviralonline.

    The post Tercalon Selebriti Paling Viral! Zarif Ghazzi Syukur Sebaris Fattah Amin & Hun Haqeem first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah