28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Diana Kerja Keras Setiap Hari Demi Anak-Anak, Tak Pernah Minta Macam-Macam Dari Saya’ – Iqbal Zulkefli

    Shopee Sale



    Hantaran usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang memuat naik beberapa foro dirinya bersama aktres jelita, Diana Danielle mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

    ‘Terima kasih telah hadir di sisi’

    Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram memaparkan dua selebriti itu mengenakan pakaian sedondon berwarna merah, Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kapsyen romantis ditulis Iqbal yang meluahkan rasa syukur atas kehadiran Diana dalam hidupnya.

    Terima kasih telah hadir di sisi dan di hati saya. Terima kasih mengajar banyak kebaikan dalam hidup.

    Ucapan itu sekaligus membuatkan netizen mempersoalkan tujuan sebenar hantaran itu dimuat naik selain tertanya-tanya tentang hubungan sebenar yang terjalin antara mereka berdua.

    Meskipun ada yang mendoakan kebahagiaan Iqbal dan Diana sekiranya benar mereka berjodoh namun ada juga yang kurang senang melihat perkongsian itu memandangkan aktres itu yang masih berstatus isteri orang.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Seorang Pendosa Tapi Solat Banyak Menyelamatkan Saya’ – Amira Othman

    Iqbal ‘backup’ Diana

    Sementara itu, Iqbal sempat menemplak komen seorang individu yang menuduh Diana seorang wanita ‘mata duitan’ dan mendakwa aktres itu hanya mendekati lelaki berduit sahaja.

    Jangan lantang begini, kurang sopan. Diana kerja keras setiap hari demi anak-anak sejak dulu. Tidak pernah pula minta macam-macam dari saya.

    Pada 28 Oktober tahun lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

    Bagaimanapun, Diana masih isteri Farid Kamil yang sah memandangkan aktor itu enggan melafazkan cerai pada sebutan pertama prosiding dan kes pasangan itu disambung ke peringkat Jawatankuasa Pendamai (JKP).

    Sebutan semula kes tersebut akan bersambung pada 24 Mac depan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah