Pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine menuntut penjelasan daripada selebriti, Bella Astillah dan adiknya, Didi Astillah selepas mendakwa gagal menunaikan janji serta kata-kata yang pernah diberikan kepadanya.
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Bebas Perintah Mahkamah, Syukur Konflik Dengan Aliff Aziz Berakhir – ‘Kami Capai Kata Sepakat Selesai Cara Baik’
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dakwa Keluarga Aliff Aziz Tiada Di Kuala Lumpur Ketika Kes Khalwat
Sarah Yasmine tunggu 2 tahun

Menerusi satu hantaran di Threads, Sarah mendedahkan bahawa dia telah menunggu selama dua tahun agar perkara tersebut ditunaikan namun sehingga kini masih belum direalisasikan.
Assalamualaikum Bella Astillah dan Didi Astillah, saya harap kamu berdua sihat-sihat sahaja.
Sekarang pun nampaknya sudah bahagia, alhamdulillah.
Saya cuma ingin bertanya, bila awak berdua mahu menunaikan kata-kata dan janji yang pernah diberikan kepada saya?
Sudah dua tahun saya menunggu.
Jika kamu boleh beritahu ibu saya secara berdepan bahawa saya bukan penyondol, kenapa perkara itu tidak dilakukan secara terbuka sepanjang dua tahun ini?
Anak-anak terkesan

Dalam pada itu, Sarah memaklumkan bahawa dia selama ini memilih untuk berdiam diri sambil menanggung pelbagai kecaman, ugutan dan tekanan demi menjaga nama baik selebriti terbabit serta kesejahteraan anak-anak mereka.
Namun, menurutnya, anak-anaknya kini turut terkesan apabila menjadi sasaran sindiran dan fitnah yang berterusan.
Saya dah lama berdiam diri. Saya tanggung segala kecaman, ugutan, dan semuanya hanya untuk melindungi awak.
Apa yang saya lakukan bukan sahaja untuk awak, tetapi juga demi kesejahteraan anak-anak awak juga.
Tapi bagaimana pula dengan anak-anak saya? Anak-anak saya kini turut menjadi bahan ejekan dan keadaan semakin melampau.
Jadi kenapa kamu masih tidak melakukan apa-apa untuk melindungi anak-anak saya?
Dari awal hingga sekarang, saya tidak pernah meminta apa-apa kecuali lindungi anak-anak saya dan nama baik saya demi mereka.
Dan mengenai perkara yang satu lagi itu, awak sendiri tahu, kalau saya tulis di sini, ia pasti akan dikaitkan dengan isu beberapa hari lalu di Threads.
Jadi saya benar-benar ingin tahu, kenapa awak berdua masih belum melakukan perkara yang sama untuk saya, selepas semua yang telah saya lakukan untuk kamu apabila kamu meminta bantuan saya dahulu?
Dalam masa sama, Sarah menegaskan bahawa dia kini berasa penat dan tidak lagi sanggup menjalani kehidupan yang diselubungi kepalsuan.
Saya sudah penat dan tidak sanggup lagi hidup seperti ini.
Sama ada awak berdua tampil bercakap benar seperti yang awak katakan kepada ibu saya pada hari itu .
Hari ini saya lakukan apa yang kamu minta ketika saya berada di Kuala Lumpur bersama ibu saya untuk berjumpa kamu, atau saya sendiri akan tampil mendedahkan segalanya demi masa depan anak-anak saya.
Terdahulu, nama Sarah menjadi bualan hangat selepas mengakui menjadi kekasih gelap kepada penyanyi, Aliff Aziz yang juga merupakan bekas kepada suami Bella.
Sumber: Threads
The post ‘Tampil Bercakap Benar Seperti Yang Awak Katakan Kepada Ibu Saya’ – Sarah Yasmine Tuntut Janji Daripada Bella & Didi Astillah first appeared on OHBULAN!.





