27.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Takut Kisah Seram, Fadlan Hazim Terima Tawaran Filem Nar’Sata Kerana Isteri – ‘Tak Berani Sebab Pernah Ada Pengalaman Dirasuk’

    Shopee Sale



    Pelakon Fadlan Hazim mengakui penglibatannya dalam filem seram Nar’Sata arahan Pierre Andre adalah atas dorongan isteri tercinta, Aiya Mukhamedsalova.

    ‘Saya tak suka kisah seram’

    Ketika ditemui oleh , Fadlan mengakui bahawa dirinya sebenarnya kurang gemar menonton filem bergenre seram. Namun, demi menghargai minat isterinya terhadap genre tersebut, dia menerima tawaran membintangi filem Nar’Sata sebagai dedikasi buat permaisuri hatinya itu.

    Salah satu sebab saya terima tawaran ni sebab isteri saya suka seram. Saya tak suka. Saya tak boleh tengok babak yang ‘gore’, berdarah, jadi ngilu.

    Isteri saya sebelum ni tak pernah excited bila saya berlakon tapi bila saya terima projek seram ni dia suka. Sampai dia ada minta nak ikut saya pergi set penggambaran.

    Dia pun pernah beritahu nak tengok saya berlakon dalam genre seram , jadi saya buat filem ni memang untuk dia.

    Mengulas tentang mengapa dia kurang gemar filem seram, Fadlan berkata ia berpunca daripada pengalaman peribadinya selain pernah mengalami kejadian dirasuk ketika menjalani penggambaran sebuah filem suatu ketika dahulu.

    Saya takut mungkin sebab sebelum ni ada pengalaman dalam keluarga. Lagi satu, saya pernah kena rasuk masa shooting satu filem ni.

    Filem tu filem aksi bukan seram tapi mungkin lokasi penggambaran tu agak ‘keras’. Sejak daripada kejadian itu, saya memang tak boleh dengan kisah seram.

    Filem Nar’Sata menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fadlan, Mawar Rashid, Trisha Ooi, Dai Fuad, Imranul Effendy, Aniq Suhair, Khatijah Tan, Namron dan ramai lagi.

    MENARIK:  Bella Astillah Muat Naik Video Menangis, Puteri Sarah Tanya ‘Awak Guna Eyemo Ke Air Mata Original?’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah