30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Jenazah Arwah Nidza Afham Selamat Jalani Proses Bedah Siasat, Dijangka Dikebumikan Selepas Waktu Asar

    Shopee Sale



    Jenazah abang kepada penyanyi, Aufahanie iaitu Muhammad Nidza Afham yang ditemukan di sekitar Jambatan Sungai Klang pada malam Rabu telah selamat dimandikan.

    Jenazah dibawa ke Puncak Alam

    Nidza Afham

    Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Majis Puncak Alam bagi urusan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam.

    Menurut abang ipar kepada arwah iaitu Muhammad Effie Amron, jenazah arwah adik iparnya itu bergerak dari Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam ke Puncak Alam selepas jenazah selesai dimandi dan dikafankan.

    Jenazah sudah dimandikan dan sedia untuk dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk solat jenazah.

    Difahamkan proses bedah siasat ke atas jenazah Allahyarham Nidza baru saja selesai sebentar tadi.

    Walau bagaimanapun, punca kematian Nidza masih belum dimaklumkan kepada umum.

    Terdahulu, Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.

    MENARIK:  Elly Mazlein Kini Bertudung, Hati Terjentik Tengok Jihad Sukarelawan GSF – ‘Rasa Insaf & Kagum Dengan Mereka’

    Sehinggalah sekitar jam 7 malam Rabu, pihak bomba melaporkan telah menemui mayat seorang lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang

    Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.

    " data-video-id="7403290734113197320" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Replying to @Dahlia?? Semoga segala urusan dipermudahkan ?# #fyp #nidzaafham #jenazah #dikebumikan

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah