Setiap kali masuk Ramadan dan Syawal, satu benda yang tak pernah berubah adalah keterujaan bila nampak hidangan penuh satu meja.
Akan tetapi, masak hidangan penuh bukanlah satu hal yang mudah dan bukan semua orang ada masa.
Tahun ini, Marrybrown sekali lagi tampil dengan pendekatan yang dekat dengan jiwa rakyat Malaysia menerusi kempen Santapan Ramadan.
Bukan sekadar memperkenalkan hidangan bermusim, tetapi mengangkat nasi berempah sebagai nadi utama meja berbuka dan jamuan raya.
Bau nasi berempah yang wangi, ayam goreng rangup, kuah kari pekat berempah dan ulam segar yang melengkapkan rasa. Semua ini bukan sekadar makanan, tapi simbol kebersamaan.
Set lengkap untuk satu keluarga
Menariknya kali ini, Marrybrown perkenalkan hidangan keluarga yang memang sesuai untuk dikongsi.
Konsep dia bukan sekadar makan kenyang, tapi makan bersama-sama.
Dalam satu set ada empat ketul Ayam Goreng MB, empat nasi berempah bersama kuah kari istimewa bersaiz 8oz, satu dulang ulam dan empat minuman sejuk.

Dari berbuka sampai raya, semua boleh!
Selama ini mungkin ada yang anggap makanan segera hanya sesuai untuk makan ringkas atau santapan harian. Namun melalui Santapan Ramadan, Marrybrown membuktikan bahawa makanan segera juga boleh tampil dengan rasa tempatan yang kuat dan sesuai dijadikan hidangan utama ketika berkumpul.
Bukan apa, masa musim perayaan, jadual padat, faktor mampu milik dan kemudahan jadi keutamaan, dan itu antara sebab kenapa ramai pilih Marrybrown untuk makan bersama keluarga ataupun sebagai menu rumah terbuka.
Ramadan dan Syawal bukan tentang siapa paling mewah hidangannya tetapi tentang kebersamaan. Tentang gelak tawa atas lantai, tangan capai ayam serentak dan ayat klasik ‘tambah nasi sikit lagi’.
Santapan Ramadan kali ini jelas cuba bawa mesej tu. Hidangan yang familiar, rasa yang dekat di hati, tapi dalam versi yang lebih praktikal untuk gaya hidup sekarang.
The post Tak Perlu Pening Fikir Juadah, Set Keluarga Marrybrown Ni Memang Ngam Untuk Ramadan & Syawal first appeared on OHBULAN!.





