25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 14, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fizi Ali Tidak Ambil Peduli Diberi Gelaran ‘Meroyan’ Kerana Anaknya! Ajak Netizen Hadiri Mahkamah pada 22 Februari Seterusnya

    Shopee Sale



    Fizi Ali

    Penyampai radio, Fizi Ali menyedari mengenai komen kurang baik yang dilemparkan segelintir netizen yang mengatakan dia ‘beria’ dan tidak matang dalam mengendalikan isu hak penjagaan anaknya, Ameena Sofia.

    Berjuang demi anak

    Fizi Ali

    Ketika ditemui OhBulan, Fizi tidak menafikan dia bersikap ‘over’ kerana isu tersebut membabitkan satu-satunya anak tunggalnya bersama bekas isteri iaitu pelakon, Shakilla Khoriri.

    Jelasnya, wajar untuk dia bertindak sedemikian memandangkan sudah dua bulan tidak berjumpa dengan Ameena.

    Bila orang kata saya ‘over’ itu saya akui, sebab saya memang sangat ‘over’ apabila melibatkan anak.

    Jika ada netizen kata saya meroyan, memang saya tengah meroyan sebab saya memang nak berjumpa dengan anak saya, dah 2 bulan tak jumpa.

    Kes saya ini juga menunjukkan bahawa ramai lelaki di luar sana yang DM saya beritahu mereka berdepan masalah sama. Jadi ini adalah jalan yang saya boleh kongsikan dengan mereka.

    Justeru, demi membuktikan pihak mana yang benar dan salah, pemilik nama lengkap Mohd Hafizudin Alimudin, 37, mengalukan kehadiran orang ramai datang ke mahkamah bagi mendengar sebutan kes hadanah pada 22 Februari depan.

    Saya tahu ada netizen yang menyelar dan mengutuk dengan tindakan saya lakukan. Saya tak tujukan kepada semua netizen hanya segelintir. Kepada yang berkata tidak baik itu saya persilakan anda datang ke mahkamah pada  22 Februari nanti dan lihat di sana.

    Terdahulu, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai kes tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada bulan lalu.

    MENARIK:  ‘Doakan Kami Dibenarkan Menutup Aurat’ – Ustazah Asma’ Harun Dedah Didatangi Pramugari Luah Perasaan Takut & Rasa Bersalah

    Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.

    Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah