Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah memohon agar mangsa liwat segera membuat laporan agar pelaku menerima hukuman yang setimpal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Dedah Perbuatan Jijik Bapa Berstatus Duda Pedofilia, Sudah Serah Bukti Kepada Pihak Polis
Artikel Berkaitan: Nam Ron Tolak Watak Lelaki Pedofilia – ‘Sangat Berat Untuk Dibuat’
Masih aktif

Ketika ditemui , Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Nafiah berkata, kes gangguan seksual dalam industri hiburan masih terjadi sehingga hari ini.
Perkara ini memang berlaku sejak dulu. Cuma bezanya, dahulu tiada media sosial. Jadi banyak kes tidak tular. Saya memang mengeji perbuatan sebegini.
Ada juga yang minta secara terus terang, ‘kalau nak berlakon, jom daftar masuk hotel.’
Bukan hanya lelaki dengan lelaki, lelaki dengan perempuan juga berlaku. Saya sendiri pernah berdepan situasi sebegitu walaupun sebagai lelaki.
Hafiz berkata demikian semasa Tayangan Perdana berjudul ‘Mak’ yang berlangsung di TGV, One Utama, malam tadi.
Mangsa perlu buat laporan

Berkongsi lebih lanjut, Hafiz menegaskan kepentingan bagi mangsa untuk membuat laporan agar siasatan boleh dijalankan secara berhemah.
Dalam Seniman, ada prosedur operasi standard jelas. Individu terbabit perlu datang dan membuat laporan bertulis. Laporan itu menjadi benteng dan asas sebelum sebarang tindakan diambil.
Kami tidak boleh mengeluarkan kenyataan atau menuduh sesiapa tanpa bukti kukuh. Sebab itu mangsa perlu berjumpa pihak Seniman atau sekurang-kurangnya menghubungi kami untuk berbincang.
Penting untuk buat laporan rasmi supaya kami boleh tentukan langkah seterusnya. Dalam kes ini, ianya berat kerana melibatkan dakwaan berulang.
Buat masa ini, apa boleh saya katakan, datang ke pejabat Seniman atau hubungi saya supaya proses ini berjalan secara formal.
Sementara itu, Hafiz memaklumkan hukuman melibatkan kes di bawah Akta Kanak-Kanak amat berat sekali gus mengingatkan para penggiat seni agar sentiasa menjaga setiap langkah yang dibuat.
The post ‘Tak Boleh Keluar Kenyataan Atau Menuduh Tanpa Bukti Kukuh – Hafiz Nafiah Mohon Mangsa Liwat Segera Buat Laporan Rasmi first appeared on OHBULAN!.





