31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tahukah Korang? 70% Permukaan Bumi Diliputi Air, Tapi Hanya 3% Boleh Digunakan!

    Shopee Sale



    Ya, betul tu! Walaupun dunia kita ni penuh dengan air, cuma 3% je air tawar yang boleh digunakan. Air tawar ni datang dari tasik, sungai dan bawah tanah. Bayangkan, tanpa air ni, kita tak boleh minum, masak, bertani, membersih atau jana elektrik.

    Tapi kita ada sikit cabaran di mana rakyat Malaysia guna air secara berlebihan. Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), penggunaan air di Malaysia adalah 228 liter air per kapita sehari (LCD), jauh lebih tinggi daripada jumlah yang disarankan (160 LCD). Kalau kita tak mula berjimat sekarang, kelestarian air untuk generasi masa depan mungkin terjejas!

    Air Selangor selaku penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia tampil dengan beberapa inisiatif untuk bantu kita semua guna air dengan lebih bijak. Antaranya:

    Water Handbook – Buku Panduan Air untuk Semua

    Air Selangor bekerjasama dengan pakar dari Universiti Malaya untuk hasilkan Water Handbook, buku yang penuh dengan fakta dan tips tentang penggunaan air secara lestari.

    Nak tahu macam mana cara mudah jimat air dengan keluarga dan kawan-kawan? Semua jawapan ada dalam buku ni! Klik SINI.

    Program Penjimatan Air

    Air Selangor turut mengambil langkah proaktif dengan memasang pili cekap air di masjid sekitar Selangor untuk mengurangkan pembaziran, mendidik masyarakat tentang kepentingan penggunaan air secara bijak, dan memupuk kesedaran agar lebih menghargai sumber air.

    MENARIK:  Malaysia Tewaskan Thailand, Jadi Destinasi Paling Dilawati Asia Tenggara 2025

    Laporkan Kebocoran Paip Dengan Mudah

    Pernah nampak paip bocor atau pecah di tepi jalan? Jangan biarkan air mengalir sia-sia! Air Selangor ada fungsi ‘Report Leaks’ dalam aplikasi mereka di mana pengguna boleh laporkan kebocoran paip, meter, atau penyambungan haram.

    Lagi cepat dilaporkan, lagi cepat tindakan boleh diambil! Lebih menarik, jika laporan anda disahkan, anda berpeluang memenangi RM5 Touch ‘n Go reload pin!

    BoBoiBoy Pun Turun Padang Untuk Didik Kesedaran Di Kalangan Kanak-Kanak

    Siapa tak kenal BoBoiBoy? Air Selangor telah bekerjasama dengan siri animasi popular ni untuk tingkatkan kesedaran tentang penjimatan air dalam kalangan kanak-kanak sejak 2021. Bukan je seronok, tapi juga mendidik si kecil tentang kepentingan menjaga sumber air kita.

    Jom Sama-Sama Amalkan Penjimatan Air!

    Tak susah pun nak jimat air! Mulakan dengan langkah kecil seperti tutup paip semasa gosok gigi, gunakan baldi dan bukan hos untuk cuci kereta, serta baiki kebocoran kecil di rumah.

    Air adalah nadi kehidupan, jadi mari kita semua main peranan untuk menjaganya demi generasi akan datang!

    Aplikasi Air Selangor boleh dimuat turun melalui App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah