30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Syed Saddiq Adalah Individu Yang Memberi Pengaruh Positif Dalam Hidup Bella’ – Puteri Sarah

    Shopee Sale



    Pelakon Puteri Sarah meluahkan rasa gembira dan berharap yang terbaik buat sahabatnya, Bella Astillah, terutama jika benar aktres itu telah bertemu jodoh baharu.

    ‘Saya mahu Bella hidup bahagia’

    Ketika ditemui , Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, berkata dia hanya mahukan kebahagiaan untuk Bella.

    Ujarnya lagi, dia tidak mahu melihat sahabatnya itu bersedih lebih-lebih lagi selepas apa yang berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.

    Saya lihat mereka berkawan dan jika hubungan ini serius, saya sangat gembira. Saya mahu Bella hidup bahagia dan tidak lagi bersedih. Apa yang penting, sesuatu yang positif dalam hidupnya.

    Walaupun rapat dengan Bella, Sarah memberitahu bahawa dia enggan masuk campur dalam urusan peribadi sahabatnya itu, termasuk soal hubungan Bella dengan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

    Hendak sibuk bertanya (tentang Syed Saddiq) itu memang tidak sebab saya bukan jenis bertanya perkara peribadi tetapi kita doakan sahaja buat mereka. Kalau ada jodoh itu, insya-Allah adalah.

    Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mengakui bahawa Syed Saddiq membawa aura positif bukan sahaja kepada Bella, tetapi juga kepada mereka yang berada di sekelilingnya.

    Syed Saddiq adalah individu yang memberi pengaruh positif dalam hidup Bella dan mereka yang rapat dengannya. Apa pun, kita doakan yang terbaik.

    MENARIK:  Netizen Kurang Senang Azfar Heri Masih Tak Jaga Batas – ‘Hari Tu Dah Ditegur, Tolong Jaga Ikhtilat’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah