Pempengaruh media sosial, Azfar Heri sekali lagi meraih perhatian didakwa tidak menjaga batas ketika bergambar bersama beberapa rakan artis.
Artikel Berkaitan: Azfar Heri Bergambar Rapat Dengan Rakan Wanita, Netizen Nasihat – ‘Jadi Influencer Yang Jaga Batas Dalam Agama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Bard Sambung Pengajian Ke Kanada, Azfar Heri Hadiahkan Beg Goyard – ‘Aku Tunggu Saat Impian Kau Tercapai’
Tak jaga batas
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakannya yang didakwa pernah ditegur sebelum ini, namun masih tidak diendahkan.
Menurut individu tersebut, sebagai seorang pempengaruh, Azfar sepatutnya menunjukkan teladan yang baik terhadap orang ramai khususnya para pengikutnya.
Hari tu dah ditegur, masih buat lagi. Tolong lah jaga ikhtilat.
Kau (Azfar) ada 1.1M pengikut di Instagram, ada 959k subcribers di youtube.
Kau influencer, gunakan influence kau untuk perkara yang baik.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap Azfar dapat berubah menjadi pempengaruh yang lebih baik serta lebih menjaga batas pergaulan.
Segelintir mereka juga turut menitipkan doa dan mengharapkan yang terbaik buat Azfar.
Sumber: Threads
The post Netizen Kurang Senang Azfar Heri Masih Tak Jaga Batas – ‘Hari Tu Dah Ditegur, Tolong Jaga Ikhtilat’ first appeared on OHBULAN!.





