Platform penstriman MYTV Mana-Mana memperkenalkan siri original pertama di bawah jenama MYTV Originals, berjudul BF Green Flag.
Artikel Berkaitan: Syazwan Razak Tak Ambil Hati Wajah Dipersoal Tidak Setampan Syafiq Kyle – ‘Tak Terfikir Nak Jadi Macam Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Lebih Baik Tunggu Dia Sendiri Cakap’ – Adik Syafiq Kyle
BF Green Flag
View this post on Instagram
Diterbitkan oleh Astra Entertainment, BF Green Flag mempertaruhkan gandingan Syazwan Razak dan Athalia selaku teraju utama.
Dalam siri ini, Syazwan tampil menerusi watak Alfa, manakala Athalia (Adella) yang sebelum ini dikenali sebagai penyanyi kini memukau dengan penampilan sulungnya sebagai pelakon utama.
Turut membintangi naskhah ini ialah barisan pelakon popular seperti Azhan Rani, Dafi, Syahmie Thsa-Qeef, Amir Mirza, Khaleed Asyarief, Uchee Fukada, Iman Suhana dan Dottie Syuhada, selain penampilan istimewa pempengaruh terkenal seperti Ryan Bakery, Farihinarnia dan WanChai.
BF Green Flag mengisahkan Adella, seorang gadis yang menutup pintu hatinya untuk bercinta selepas melalui hubungan toksik yang meninggalkan parut emosi mendalam. Namun, takdir menemukan dia dengan Alfa, jejaka yang diperkenalkan oleh makciknya dan sejak itu, hidup Adella berubah perlahan-lahan.
Dari curiga menjadi percaya dan dari luka menjadi sembuh, kisah ini membawa penonton menelusuri perjalanan Adella mencari semula keberanian untuk mencintai, bersama lelaki yang benar-benar ‘green flag’.
Di bawah arahan Kamal Husni dan tulisan skrip oleh Faten Syamimie, naskhah ini bukan sekadar kisah cinta, tetapi juga menyentuh isu kesihatan mental dalam kalangan remaja khususnya kesan trauma daripada hubungan tidak sihat.
Tampil lagu ‘Hanya Namamu Cinta’

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MYTV, En. Mohamad Helmi Harith, pelancaran MYTV Originals adalah langkah strategik memperkukuh ekosistem kreatif tempatan.
Sudah tiba masanya MYTV bukan sekadar platform penyiaran, tetapi juga menjadi pemangkin kepada kebangkitan kandungan tempatan yang segar, autentik dan relevan.
Kami yakin BF Green Flag akan dekat di hati penonton, terutama generasi muda, kerana ia mengetengahkan tema universal seperti trauma, kepercayaan dan peluang kedua,.
Penerbit Eksekutif Astra Entertainment, Dato’ Rozaidi Baharudin, pula menyifatkan siri ini sebagai karya yang membawa nilai mendalam.
Sebagai penerbit, kami percaya setiap naskhah harus membawa mesej. BF Green Flag dihasilkan untuk mengangkat tema yang relevan dengan Gen Z tentang trauma, kepercayaan dan cinta yang sihat sambil memberi ruang kepada pelakon muda menyerlah dengan kisah yang dekat di hati mereka.
BF Green Flag turut menampilkan lagu tema berjudul ‘Hanya Namamu Cinta’ nyanyian Dafi rakaman semula daripada album pertamanya, kini diberi sentuhan baharu eksklusif untuk siri ini.
Jangan lepaskan peluang menonton BF Green Flag bermula 13 November, setiap Khamis, jam 12.00 tengah hari, hanya di aplikasi MYTV Mana-Mana.
Muat turun aplikasi sekarang dan nikmati 5 episod pertama secara percuma!
The post Syazwan Razak & Athalia Berganding Dalam Siri Original Pertama MYTV Berjudul ‘BF Green Flag’ first appeared on OHBULAN!.





