28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suri Rumah Warga Jepun Ma*t Terjatuh Dari Kondominium Tingkat 4, May*t Tertiarap Di Atas Tanah

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang wanita warga Jepun ditemukan maut didakwa terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pada Jumaat.

    Wanita Jepun jatuh kondominium

    Foto: Malaysia Gazette

    Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditemui tertiarap di atas tanah.

    Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya iaitu Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, pihaknya menerima panggilan menerusi talian MERS 999 sekitar 8:07 pagi. Susulan daripada itu, pasukan peronda dikerah ke lokasi kejadian.

    Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, mangsa adalah seorang wanita warga Jepun, berusia 50-an sudah meninggal dunia, dalam keadaan tertiarap di atas tanah.

    Difahamkan, mangsa menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun lalu dan merupakan seorang suri rumah.

    Keluarga mangsa sudah dimaklumkan berkenaan kejadian itu dan surat pelepasan jasad sedang dibuat kemudian diserahkan kepada suami mangsa.

    Hasil siasatan awal ke atas tubuh mangsa dan lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

    MENARIK:  Jofliam Akui Silap Perlekeh Wanita Ambil Epidural, Mahu Tebus Dengan Bagi Bunga & Pizza Berbentuk Hati

    Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR), dan bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah