
Usahawan sensasi, Jofliam akui kesilapan dalam memperlekehkan pengorbanan bekas isterinya Cik Epal ketika melahirkan anak-anak mereka menggunakan epidural.
Mohon maaf

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Stories, Jofliam akui membalas mesej bekas isteri dalam keadaan marah.
Menurutnya, isterinya, Emira Delyati Dewi juga bersetuju bahawa kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan.
Saya mengakui bila saya membacanya semula untuk situasi saya yang sekarang ini dengan lebih tenang, saya tidak sepatutnya mengeluarkan reply sebegitu.
Dewi juga bersetuju, kerana dia juga wanita dan terasa dengan reply saya.
Apatah lagi wanita-wanita di luar sana.
Saya ingin meminta maaf jika reply saya empat bulan lepas telah merendahkan pengorbanan seorang ibu yang menggunakan epidural.
Dalam pada itu, Jofliam turut belajar dari kesilapan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam keadaan marah.
Tebus kesilapan

Tambah Jofliam, dia bakal menghadiahkan bunga dan memberi pizza wagyu berbentuk hati secara tambahan untuk setiap pembelian kepada semua ibu mengandung.
Minggu depan, bagi ibu-ibu mengandung yang membeli pizza, setiap pembelian saya akan hadiahkan bunga dan pizza extra berbentuk hati.
Tanda meraikan ibu-ibu yang bersusah-payah melahirkan anak-anak.





