
Menamatkan teka-teki, penyanyi, Sufian Suhaimi dikhabarkan melangsungkan pernikahan dengan pilihan hati, Rania Al Sadat pada hari ini (Jumaat).
Bernikah

Menurut sumber, majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Kata sumber lagi, pasangan itu akan diijabkabulkan sekitar jam 9 pagi di sebuah lokasi di sekitar Kuala Lumpur.
Sementara itu, Rania menerusi sebuah hantaran terbaharu di Instagram ada memuat naik foto memperlihatkan dirinya seakan selesai dengan majlis bersiram.
Dalam pada itu, Rania dan Sufian juga dilihat sempat bergurau di ruangan komen.
Sebelum ini, Sufian ketika ditemu bual mengakui sudah bersedia bergelar suami dan tidak menolak kemungkinan menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat.
Katanya, niat ingin membina masjid pada tahun ini diharapkan dipermudahkan dan tidak sabar untuk berkongsi berita gembira kepada umum.
Imbas kembali, Sufian dan Rania pernah putus tunang pada April tahun lalu selepas penyanyi itu memberitahu cincin risik yang diberikan sudah dipulangkan.
Bagaimanapun, pada Januari lalu, cinta mereka dikatakan bertaut kembali apabila dilihat keluar meluangkan masa bersama.





