Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay, meluahkan rasa berang selepas membaca laporan berita mengenai seorang isteri yang cedera dicekik suami hanya kerana mengidam makan ayam gepuk.
Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Mahu ‘Buat Muka’, Penat Dengan Kritikan Netizen – ‘Nak Mancungkan Hidung’
Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Terima Teguran PU Syed Dengan Hati Terbuka – ‘Yang Berkata Buruk Saya Maafkan’
Liyana Jasmay berang

Menerusi hantaran di Instagram Story, Liyana akui tidak menyangka wujudnya seorang manusia yang bersikap sedemikian terhadap si isteri.
Dia juga menitipkan doa agar lelaki yang mempunyai sifat negatif tidak dipertemukan jodoh dengan mana-mana wanita.
Saya doakan semua lelaki yang IQ rendah, bodoh, pemalas, tiada duit, dayus, sangkak, kaki perempuan, busuk, dan tidak berapa elok rupa tidak akan dapat berkahwin atau tidak akan dapat berjumpa mana-mana perempuan!
Pelantun lagu Aku Tak Percaya Cinta ini turut mengambil kesempatan memberikan pesanan kepada kaum hawa agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
Baginya, status solo atau bujang adalah jauh lebih baik daripada terperangkap dalam hubungan yang menyakitkan.
Penat ibu bapa mereka besarkan anak mereka.
Kepada semua gadis muda di luar sana, jadi single tu tak ada la teruk sangat… okay saja. Biarlah memilih, biarlah cerewet sebab korang takkan nak berakhir macam ni.
Sumber: Instagram Liyana Jasmay
The post Liyana Jasmay Berang Baca Kes Isteri Mengidam Ayam Gepuk Dicekik Suami, Titip Doa Lelaki Toksik Tak Bertemu Jodoh first appeared on OHBULAN!.





