28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sudah-Sudahlah Memalukan Sukan Muay Thai, Gimmick Sampah’ – Jojo Ghazali

    Shopee Sale

    Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali berang apabila sukan muay thai dijadikan trend untuk mencari publisiti murahan dan bukan dimartabatkan sebagai seni bela diri yang sebenar.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jojo Ghazali Dakwa Pempengaruh & Selebriti Cemar Imej Muay Thai – ‘Jangan Bawa Perangai Ban*ang Kalian’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kekasih Johan Ghazali Tolong Cabut Benang Jahit, Peminat Suruh Cepat Kahwin – ‘Untunglah Dapat Girlfriend Doktor’

    Populariti

    Menjengah komen di ruangan Instagram, Johan atau mesra disapa Jojo, 18, menempelak Yusuf Azmi kerana didakwa melakukan publisiti murahan dalam mempromosikan kejohanan Warzone World Championship (WWC) yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini.

    Jojo juga kecewa apabila usaha kerasnya memartabatkan muay thai kini disalahgunakan ramai hanya untuk populariti.

    Sudah-sudahlah memalukan sukan ni. Saya bukan nak kurang ajar dengan orang tua tapi kalau orang tua perangai macam budak siapa nak hormat.

    Saya, keluarga dan ramai lagi orang orang dalam community combat sports ada dalam bidang ini lama sebelum pak cik datang.

    Kita up muay thai dari 0, pak cik datang bila dah hype selepas itu buat perangai bangang, siapa yang tidak marah?

    Mengulas lanjut, Jojo meluahkan rasa bimbing sekiranya gimmick yang salah boleh memberi pengaruh buruk terutamanya kepada kanak-kanak.

    MENARIK:  [VIDEO] Pengasas Bulan Bintang Tidak Melatah Replika Baju Gergasi Dikait Dengan Amalan Karut – ‘Saya Menekankan Baju Melayu Sebagai Pakaian Kebangsaan’

    Pengaruh negatif

    Dakwanya, banyak kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak berpunca daripada pengaruh media sosial yang sering memperkenalkan mereka kepada tingkah laku negatif.

    Tolonglah, penonton bukannya tiada otak nak percaya dengan gimmick sampah ini.

    Pak cik terpaling alim tapi pak cik tidak rasa budak-budak yang tengok video macam ini takkan terpengaruh ke?

    Lagi-lagi dengan kes yang berlaku dekat Malaysia sekarang ini. Add to the solution not the problem.

    See the bigger picture, jangan fikir nak duit cepat saja.

    Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan pergaduhan antara Yusuf dari Malaysia dan Yunus Martin dari Indonesia menjelang WWC International Influencer Super Lightweight Champion.

    Kejohanan WWC dijangka menampilkan 34 petarung profesional dan legenda dari lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Iran dan India.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Sudah-Sudahlah Memalukan Sukan Muay Thai, Gimmick Sampah’ – Jojo Ghazali first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah