33.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Puji Wanita Lain Cantik, Isteri Balas – ‘Bekas Kekasih Minta Number Telefon & Ada Klien Nak Mengorat’

    Shopee Sale

    Seorang wanita mendakwa secara tidak sengaja terbaca komen yang ditinggalkan suaminya pada hantaran seorang wanita lain, apabila lelaki itu memuji kecantikan individu berkenaan.

    Artikel Berkaitan: Trend Dedah Curang Di Media Sosial Semakin Berleluasa, Ustaz Muhaizad Ingatkan Jangan Buka Aib – ‘Takut Kena Tanggung Dosa’

    Suami puji perempuan lain

    Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut meluahkan rasa kecewa dan memilih untuk membalas tindakan suaminya secara sindiran dengan menyatakan bahawa dirinya juga sering menjadi perhatian lelaki lain.

    Menurutnya, terdapat ramai lelaki di luar sana yang cuba mendekatinya, malah ada yang tidak menyangka dia sebenarnya sudah berkahwin serta mempunyai tiga orang cahaya mata.

    Saya terbaca suami ada tinggalkan komen dekat status clerk dia. Dia kata clerk dia cantik. Kemudian clerk dia balas terima kasih dan hantar sticker gedik.

    Saya pun beritahu suami, tidak mengapa kalau dia tak pernah puji saya cantik. Saya cakap dengan dia yang bekas kekasih masih minta nombor telefon saya.

    Saya beritahu suami lagi yang pekerja satu pejabat tak percaya saya sudah berkahwin walaupun hakikatnya sudah ada tiga cahaya mata.

    Saya cakap lagi dengan dia yang ada klien cuba nak mengorat saya. Itu buat saya jadi bodoh sebab masih tinggal dengan dia.

    Wanita itu berkata, selepas meluahkan kata-kata tersebut, suaminya hanya berdiam diri tanpa memberikan sebarang respons.

    Saya mungkin sudah anak tiga tapi mungkin nampak tak cantik atau gemuk di mata suami, tetapi mata lelaki lain saya masih ‘panas’. Bila saya cakap macam itu, suami saya terus terdiam.

    Di akhir perkongsian, wanita itu turut meninggalkan pesanan kepada golongan wanita agar tidak terlalu bergantung kepada pasangan semata-mata, sebaliknya percaya kepada diri sendiri.

    Tidak mengapa jika suami tak menghargai kita sebagai isteri. Kita boleh cari lelaki lain. Tinggalkan anak dekat dia dengan perempuan lain yang dia rasa lebih cantik.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Dini Schatzmann, Merajuk Gara-Gara Janna Nick Larang Buat Rawatan Lentikan Bulu Mata 

    The post Suami Puji Wanita Lain Cantik, Isteri Balas – ‘Bekas Kekasih Minta Number Telefon & Ada Klien Nak Mengorat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah