28 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Jennifer Coppen Meninggal Dunia Akibat Terbabas Motor, Polis Sahkan Cedera Parah Di Bahagian Tulang Rahang & Dada

    Shopee Sale



    Dali Wasink

    Berita kematian suami kepada pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia Jennifer Coppen iaitu Dali Wasink telah mengejutkan ramai pihak.

    Hilang kawalan motor

    Dali Wasink

    Dali atau mesra disapa Papa Dali, 22, dilaporkan maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Bali, Indonesia, pada Khamis.

    Sementara itu, memetik laporan Detik.com, polis memaklumkan mangsa telah mengalami kecederaan parah dan luka di bahagian dalaman anggota badan.

    Menurut laporan itu lagi, kecederaan paling teruk adalah di bahagian tulang rahang selain di dada serta punggung.

    Dalam pada itu, Ketua Polis Denpasar, Ketut Sukadi berkata, mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan tidak dapat mengendalikan motosikal miliknya lalu terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh pengadang jalan.

    MENARIK:  ‘Pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik FFM33 Beri Motivasi Untuk Cipta Karya Yang Lebih Impak Kepada Penonton’ – Beto Kusyairi

    Mangsa sempat dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

    Terdahulu, Jennifer Coopen memaklumkan berita pemergian suami tercinta menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

    Untuk info, Jennifer Coopen dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah