Pelakon jelita, Anna Jobling akui penting memiliki sistem sokongan daripada peminat yang banyak membantu dari segi perjalanan karier dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Bercuti Dengan Ramai Orang, Saya Nikmati Masa Berehat’ – Anna Jobling
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Momen Anna Jobling Kemaskan Tudung Ibu Raih Perhatian – ‘Anak Yang Baik Sebab Itu Rezeki Mencurah’
Hargai peminat

Ketika ditemui , Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 26, meluahkan rasa sayang terhadap peminat yang sentiasa setia menyokongnya sejak awal penglibatannya dalam industri seni.
Tambah Anna, dia gemar melibatkan peminat dalam setiap majlis atau acara yang disertainya agar dapat meluangkan masa bersama peminat yang dianggap sebagai tulang belakangnya selain keluarga.
Sokongan daripada peminat sangat penting. Tanpa mereka, kita tiada sistem sokongan yang padu.
Saya sangat sayang peminat saya. Mereka tahu macam mana saya sayang mereka.
Kalau saya ada majlis apa-apa berkaitan dengan jenama saya akan ajak mereka untuk datang.
Mereka inilah yang sanggup meluangkan masa untuk menghasilkan suntingan video, memuat naik kandungan di media sosial, memberi sokongan, mengundi malah hadir ke setiap acara saya.
Anna berkata demikian ketika ditemui semasa sesi peggambaran drama terbarunya Yes! Captain Zul Aaryan pada Rabu.
Mengulas lanjut, pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia sentiasa berusaha menghargai setiap jasa dan sokongan yang diberikan peminat dengan sebaik mungkin.
Mereka menggunakan masa peribadi sendiri semata-mata untuk terus menyokong kami.
Kita pergi bowling, makan-makan, buka puasa dan banyak lagi. Saya akan cuba bawa mereka sebab saya tahu betapa banyak meraka dah buat untuk saya. Saya cuba untuk balas sebaik mungkin.
Peminat saya tahu apa yang buat saya selesa dan tak selesa. Saya dah kenal mereka lama jadi semua dah kenal.
Bagi perkembangan lain, Anna digandingkan bersama aktor Jazmy Juma dalam drama bersiri yang diadaptasi daripada novel popular, Yes! Captain Zul Aaryan.
Drama arahan Nizam Zakaria ini bakal menemui penonton bermula 10 Julai depan menerusi slot Akasia di TV3, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam, dengan keseluruhan 30 episod.
Drama ini turut dimeriahkan dengan barisan pelakon hebat lain seperti Natasha Sass, Nafiz Muaz dan Daniel Fong.
The post ‘Sokongan Daripada Peminat Sangat Penting, Saya Sangat Sayang Mereka’ – Anna Jobling first appeared on OHBULAN!.





