Industri muzik tempatan sekali lagi mencuri perhatian dengan kemunculan single baharu bertajuk ‘Merayu Angan’, hasil gabungan dua generasi berbeza iaitu Siti Nordiana dan artis rap muda yang sedang meningkat naik, Apit Tearra.
Artikel Berkaitan: OBPVO: Bukti Kesetiaan & Sokongan Tanpa Henti! Siti Nordiana FC Dinobat ‘Kelab Peminat Paling Viral’
Rap dan jiwang

Lagu ini memperkenalkan konsep rap berunsur jiwang leleh, satu pendekatan yang jarang diterokai dalam muzik Malaysia.
Dengan lirik yang menyentuh hati dan rap yang lembut, ‘Merayu Angan’ berjaya merentasi generasi dan menawarkan pengalaman muzik yang unik kepada pendengar.
Siti Nordiana berkata, kolaborasi ini memberi ruang untuk mencuba elemen rap buat pertama kali dalam kerjayanya.
Ini pengalaman yang berbeza dan pada awalnya memang gementar. Tetapi gabungan rap dan jiwang memberi saya kebebasan mengekspresikan emosi dengan cara baru.
Sementara itu, Apit Tearra pula membawa sentuhan rap yang lembut, puitis dan dekat dengan hati pendengar. Menurutnya, lagu ini bukan sekadar rap keras seperti kebiasaan, tetapi rap yang menyentuh perasaan dan rasa jujur.
Saya mahu ‘Merayu Angan’ menjadi lagu rap yang dekat dengan perasaan orang kita. Ia bukan tentang rap yang keras, tetapi rap yang jujur dan leleh.
Bekerja dengan Siti Nordiana satu penghormatan besar kerana dia membawa emosi dan kekuatan vokal yang sangat mendalam, sekaligus menghidupkan lagu ini dengan cara yang saya sendiri tak pernah bayangkan.
Kolaborasi ini membuktikan bahawa rap dan jiwang mampu disatukan secara harmoni, membuka ruang baharu untuk muzik tempatan dan memberi nafas segar dalam arus perdana.
Single ‘Merayu Angan kini boleh distrim dan didengarkan di semua platform digital utama.
Video
The post Siti Nordiana & Apit Tearra Lancar ‘Merayu Angan’, Rap Bertemu Jiwang Leleh first appeared on OHBULAN!.





