30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shopee & FAMA Labur RM210,000 Perkasa Usahawan Tani Luar Bandar Secara Digital

    Shopee Sale

    Shopee Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam memperkasa usahawan tani luar bandar menerusi pelaburan RM210,000 di bawah program FAMART+.

    Pelaburan tersebut disediakan dalam bentuk baucar kedai, kredit pengiklanan dan insentif siaran langsung. Hasilnya, lebih 400 produk agromakanan berjaya disenaraikan di Shopee dan menembusi pasaran nasional sepanjang program ini berlangsung.

    Inisiatif nasional ini bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) luar bandar menyesuaikan diri dengan landskap perniagaan digital yang semakin berkembang.

    Dari ladang ke platform digital

    Dilancarkan pada Jun 2025, FAMART+ membimbing 100 usahawan tani daripada pelbagai latar belakang termasuk usahawan baharu e-dagang, golongan OKU, suri rumah, pelajar dan pengeluar barangan serta makanan tradisional luar bandar. 

    Sepanjang program, peserta didedahkan kepada latihan praktikal seperti pemasaran digital, penciptaan kandungan berasaskan AI dan jualan secara siaran langsung. Mereka turut mempelajari pengurusan operasi, cara mengoptimumkan perniagaan kedai dalam talian serta penggunaan data bagi membuat keputusan perniagaan yang lebih bijak.

    Latihan ini dikendalikan oleh ShopeeXperts dengan sokongan mentor berpengalaman daripada Shopee Bintang. Peserta juga akan menerima bimbingan berterusan menerusi ShopeeUniversity bagi memastikan mereka benar-benar bersedia bersaing dalam dunia e-dagang.

    Bukan itu sahaja, produk peserta turut dipromosikan melalui laman mikro Shopee Rai Lokal, notifikasi aplikasi dan kempen pemasaran bersasar. Strategi ini membantu meningkatkan keterlihatan produk luar bandar di seluruh negara.

    Beri impak nyata kepada usahawan luar bandar

    Pengarah Kanan Bahagian Keusahawanan Pemasar FAMA, Siti Nurul Haida Ibrahim, menyifatkan FAMART+ sebagai bukti potensi besar usahawan tani apabila diberikan sokongan menyeluruh. Menurut beliau, transformasi ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan, malah memperkukuh ekosistem agromakanan negara.

    Ketua Hal Ehwal Luar Shopee Malaysia, Nik Emir Din pula menegaskan komitmen Shopee untuk terus menyokong usahawan luar bandar. Beliau percaya kerjasama awam-swasta seperti ini mampu membuka lebih banyak peluang digital dan memastikan tiada komuniti tercicir dalam ekonomi digital.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Membeli Bunga & Coklat Untuk Bella Selepas Skandal Chat Dengan Muaz – 'Dia Pernah Merayu Untuk Bercerai Depan Anak-Anak'

    Lebih menarik lagi, pada majlis penutup FAMART+ yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini, seramai 20 usahawan tani cemerlang menerima anugerah dalam enam kategori termasuk Bintang Baharu Agri Shopee dan Ikon Agri Shopee.

    Evolusi kerjasama Shopee & FAMA

    FAMART+ merupakan kesinambungan kepada kerjasama strategik Shopee dan FAMA yang telah bermula sejak 2021. Inisiatif terdahulu seperti eFAMAPLACE 1.0 berjaya membawa lebih 1,500 usahawan tani ke platform digital serta mencipta sejarah jualan durian digital berskala besar pertama di Malaysia.

    Kejayaan itu diteruskan menerusi eFAMAPLACE 2.0 pada 2022 yang menyokong lebih 2,800 usahawan. Program tersebut menyaksikan 180,000 produk agromakanan disenaraikan dan menjana jualan RM6 juta dengan pulangan pelaburan melebihi 13 kali ganda.

    Pada tahun 2024 pula, Kempen Tani diperkenalkan dengan fokus kepada jualan secara livestream. Kempen ini berjaya menarik lebih 112,000 tontonan di seluruh negara dan memberi pendedahan besar kepada produk tempatan.

    Program ini kini menjadi model nasional dalam memperkasa usahawan tani luar bandar secara mampan.

    The post Shopee & FAMA Labur RM210,000 Perkasa Usahawan Tani Luar Bandar Secara Digital first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah