Penyampai radio, Shasha Nadira tampil mempertahankan diri selepas didakwa bersikap syok sendiri ketika menjadi pengacara majlis untuk Konsert Pentas RadjaWali yang berlangsung pada malam Sabtu.
Artikel Berkaitan: Penganjur Konsert RadjaWali Beri Penjelasan, Dakwa Pemilik Lokasi Enggan Berkompromi – ‘Keutamaan Adalah Peminat, Bukan Wang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kecoh! Konsert Pentas RadjaWali Terpaksa Dihentikan, Peminat Kecewa Tak Dapat Dengar Lagu Hits Wali Band
Bukan syok sendiri

Menerusi di Threads, Shasha menafikan dakwaan bersikap syok sendiri, sebaliknya menjelaskan dia terpaksa banyak bercakap ketika itu kerana sedang menunggu isyarat daripada pihak yang bertanggungjawab.
Bukan syok sendiri. Tengah tunggu arahan untuk band bersedia awak. Ada masalah teknikal.
Saya pun kalau boleh tidak mahu cakap lama-lama. Saya pun minat Radja dan Wali.
Semalam, kebanyakan penonton meluahkan rasa kecewa apabila konsert tersebut bermula lewat daripada waktu yang ditetapkan iaitu jam 8 malam.
Menerusi tinjauan , terdapat segelintir peminat yang mendakwa konsert itu bermula lewat berpunca daripada pengacara majlis yang bercakap terlalu lama dan kurang serasi dengan peminat.
Terdahulu, suasana di Idea Live Arena Damansara bertukar kecoh apabila pihak penganjur memaklumkan konsert itu terpaksa diberhentikan kerana kekangan masa.
Ketika Wali Band mendendangkan lagu Ada Gajah Di Balik Batu, suasana pentas digelapkan secara tiba-tiba lalu menimbulkan kekeliruan orang ramai.
Kecewa dengan pengumuman itu, para peminat meluahkan rasa kesal sambil menjerit ‘boo’ sebelum beredar.
Sumber: Threads
The post Shasha Nadira Nafi ‘Syok Sendiri’ Ketika Kendali Konsert Pentas RadjaWali – ‘Ada Masalah Teknikal’ first appeared on OHBULAN!.





