Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan kerinduan terhadap cahaya matanya iaitu Ameena Sofia yang kini sedang menunaikan umrah bersama bekas suami, Fizi Ali.
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Syukur Dimanjakan Suami, Bimbang Nikmat Ditarik – ‘Kadang Rasa Takut Bila Kehidupan Jadi Lancar…’
Artikel Berkaitan: ‘Ameena Ibarat Hanya Ada Aku Yang Akan Melihat Up & Down Hidup Serta Perasaan Dia’ – Shakilla Khoriri
Rindukan anak

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, memuat naik sekeping foto bersama Ameena.
Shakilla bagaimanapun tidak berkecil hati malah percaya bahawa anaknya itu berkemungkinan sedang sibuk mengerjakan ibadah di Tanah Suci.
Hari ini sudah sembilan hari tak dengar khabar berita. Mungkin anak umi khusyuk menunaikan umrah sampai terlupa umi.
Tapi jangan risau, umi tak kecil hati. Bukanlah tak boleh bertanya tapi mengharapkan panggilan dan tawaran kepada seorang anak yang belajar mencari ibunya untuk segala hal.
Sementara itu, Shakilla juga menyedari dirinya kurang menerapkan tentang kepentingan seorang ibu terhadap anak.
Mungkin umi kurang ajaran itu dekat Ameena. Mungkin juga Ameena terlalu kecil untuk rasa pentingnya seorang ibu dalam hidup Ameena. Ameena anak terbaik umi.
Satu-satunya anak umi dunia akhirat, umi tak akan berkecil hati sebab umi tahu semua. Semoga selamat sampai rumah kita nanti. Umi tunggu awak.
Sekadar info, Shakilla pernah berkahwin dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.
Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena yang kini berusia 6 tahun.
Shakilla kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Mohd Fariz pada 24 Februari 2024 manakala Fizi pula bernikah dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.
Sumber: IG Shakilla Khoriri
The post Shakilla Khoriri Rindu Ameena, 9 Hari Tak Dengar Khabar – ‘Mungkin Kusyuk Umrah, Tapi Umi Tak Kecil Hati’ first appeared on OHBULAN!.





