Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida berkongsi tentang cabaran yang pernah dilaluinya serta suami, Datuk Seri Aliff Syukri dalam dunia perniagaan.
Artikel Berkaitan: Ramai Pelik Bila Bercuti Saya Masih Buat Live, Sebenarnya Dah Jadi Kebiasaan’ – Shahida
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tugas Qadejah Dengan Bibik Kena Jerit Cakap Rumah Terbakar’ – Shahida Rancang ‘Prank’ Hari Lahir Aliff Syukri
Cabaran usahawan
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Shahidah berkongsi dia dan suami pernah berada di fasa sukar apabila perniagaan yang dijalankan berdepan dengan beberapa masalah sehingga menjejaskan aset dan pekerja.
Jangan putus asa, saya sendiri pernah jatuh, jual kereta, terpaksa refinance rumah kami, kena LHDN puluhan juta, akaun bank dibekukan dan perniagaan sendiri perlahan.
Ramai staf terpaksa berhenti juga.
Menurut Shahida, ketika berdepan detik sukar, segelintir daripada kenalannya menjauh daripada mereka namun setelah perniagaan makin maju dan stabil ramai yang datang mendekati.
Bila susah semua orang menjauh, pandang remeh dan sinis.
Kawan-kawan buat majlis tak jemput pun ada. Tapi bila tengah naik, entah mana-mana pula datang muncul.
Bercerita lanjut, ibu kepada enam orang anak itu berkata, masalah mula timbul apabila ramai pembeli mula menggunakan platform pembelian secara atas talian.
Kami pernah menangis berdua dekat bilik fikir apa nak buat dalam keadaan macam ini.
Masa tu semua pergi online, kami masih stuck tak jumpa jalan. Bayar cikgu-cikgu online untuk ajar tapi masih hampa.
Akhirnya kami sendiri yang belajar sampai jumpa jalan, hilang akaun TikTok pun dah berapa kali.
Bagaimanapun, mereka akhirnya berjaya bangkit semula dengan kekuatan dan azam untuk meneruskan empayar yang dibina.
Saya sangat bertuah kerana suami bersemangat dan tak putus asa. Macam-macam usaha dia nak bangkit kembali.
Sumber: Threads
The post Shahida Kongsi Jatuh Bangun Dunia Perniagaan – ‘LHDN Puluhan Juta, Akaun Bank Dibekukan’ first appeared on OHBULAN!.





