34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Seniman Sedia Bekerjasama Kaji Garis Panduan Pakaian Artis Beragama Islam

    Shopee Sale

    Pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi memaklumkan bahawa pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan kementerian bagi meneliti semula garis panduan pemakaian selebriti beragama Islam di Malaysia.

    Artikel Berkaitan: Asma Harun Tegur MV ‘Quetion’ Dolla, Berpendapat Seni Lagu Tak Semestinya Perlu Seksi & Pamer Aksi Ghairah

    Artikel Berkaitan: Kontroversi Penampilan Seksi, Universal Music Turunkan Video Muzik ‘Question’ Dolla

    Seniman sedia bekerjasama

    Ketika ditemui , Zed atau nama lengkapnya Rozaidi Abdul Jamil, 45, bagaimanapun menegaskan bahawa setakat ini Seniman masih belum menerima apa-apa makluman rasmi mengenai perkara tersebut daripada pihak berkepentingan.

    Kalau mereka (pihak berwajib) ada garis panduan, mereka kena hubungi persatuan dan kita boleh bantu sebarkan kepada artis-artis.

    Kalau kita sendiri pun tak dapat maklumat, macam mana kita nak jelaskan pada ahli? Kita nak rujuk apa?

    Zed berkata demikian ketika ditemui pada sesi Ziarah Prihatin SENIMAN di kediaman pelakon Shahronizam Noor, pada Selasa.

    Sementara itu, Zed mengakui persatuan kurang arif mengenai garis panduan pakaian selebriti Islam, kerana hanya panduan rasmi bagi filem dan drama sahaja yang pernah dibentangkan secara rasmi.

    Garis panduan filem dan drama memang ada. Tetapi, untuk etika berpakaian (selebriti beragama Islam) ini, saya tak pernah dengar lagilah.

    Terdahulu, penampilan kumpulan Dolla dalam video muzik terbaharu berjudul Question menerima kritikan ramai kerana dianggap keterlaluan dan mencolok mata.

    MENARIK:  Neelofa Berkeluarga Rayakan Hari Raya Di Kuala Lumpur, Siapakah yang Akan Mengungkap Wajah Abdullah Abbas dalam Syawal Ini?

    Susulan itu, pendakwah selebriti Asma’ Harun memberi teguran terbuka, menyifatkan penampilan Dolla tidak bermoral dan memalukan wanita beragama Islam.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, turut menyuarakan kebimbangan mengenai pemakaian artis beragama Islam yang tidak selari dengan garis panduan sedia ada.

    Susulan daripada itu, Universal Music Malaysia bertindak menurunkan video muzik terbabit daripada semua platform digital.

    The post Seniman Sedia Bekerjasama Kaji Garis Panduan Pakaian Artis Beragama Islam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah