31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Semoga Anugerah Ini Menjadi Inspirasi Kepada Pengamal Seni Untuk Terus Berkarya’ – Siti Nurhaliza

    Shopee Sale

    Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur selepas menerima anugerah Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University.

    Siti Nurhaliza luah rasa syukur

    Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, penyanyi itu menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu penghormatan besar buat dirinya. 

    Syukur alhamdulillah, pengiktirafan ljazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University ini adalah satu penghormatan yang sangat besar. 

    Ini bukan sahaja penghargaan untuk perjalanan seni saya seorang tetapi juga satu pengiktirafan tertinggi buat seluruh warga industri muzik dan seni kreatif tanah air.

    Terima kasih kepada pihak pengurusan Sunway University di atas penghormatan yang cukup bermakna ini.

    Menurut pelantun Anta Permana ini lagi berharap pengiktirafan itu dapat menjadi pembakar semangat kepada generasi muda serta pengamal seni tempatan untuk terus menghasilkan karya berkualiti tinggi.

    Pengiktirafan ini membuktikan bahawa bidang seni kreatif dan media adalah satu profesion yang sangat berprestij dan dihormati oleh dunia akademik. 

    Semoga anugerah ini menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda dan pengamal seni tempatan untuk terus berkarya dengan mutu yang tinggi, beretika dan membawa seni budaya kita ke peringkat yang lebih tinggi.

    Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

    MENARIK:  Episod Akhir Drama ‘Hilang Dalam Rindu’ Dijangka Meletop Capai Lebih 3.5 Juta Penonton

    The post ‘Semoga Anugerah Ini Menjadi Inspirasi Kepada Pengamal Seni Untuk Terus Berkarya’ – Siti Nurhaliza first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah